Wednesday, January 06, 2016
Apa Yang Mahathir Dengki Sangat Dengan Rayani Air?
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat
kenyataan tidak menggalakkan atau lebih tepat melarang syarikat
penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB), daripada mengikut cara Rayani
Air menjual khidmat penerbangan mereka.
Nama Rayani Air sedang memuncak naik, ekoran perkhidmatan penerbangan
terbabit memperkenalkan konsep mematuhi syariah Islam dalam perkhidmatan
mereka. Justeru mereka mendapat perhatian dan pujian dari ramai pihak,
terutama sekali yang beragama Islam.
Namun begitu, berlainan bagi Mahathir kerana menganggap tindakan
tersebut sebagai menutup pintu rezeki dan periuk nasi sendiri. Konsep
mematuhi syariah tersebut dianggap sebagai hanya untuk orang Islam
sahaja dan mengaut keuntungan dengan menjual agama Islam.
“Kita dapati pemiliknya bukan orang Islam. Jadi orang bukan Islam yang
patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada
agama Islam. Sekarang ini, macam-macam benda orang cari keuntungan
daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.
“Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Saya tengok,
syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita
hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain??” katanya.
Walaupun pemiliknya bukan orang Islam, tapi kita harus puji kerana orang
bukan Islam pula yang cuba untuk terapkan nilai agama kepada pekerja
dan penumpang mereka. Berlainan dengan Mas yang suatu ketika dahulu
menghidangkan arak kepada pelanggan.
“Tidak ada. Tidak hidang alkohol lagi. MAS sudah lama berhenti
menghidangkan alkohol kepada para penumpang. Benda itu sebenarnya tidak
patut timbul. Negara Islam dan penduduknya 100 peratus Islam juga tidak
suruh buat macam itu (hentikan menghidangkan alkohol sewaktu
penerbangan).
“Kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tidak
pakai tudung pun Islam juga. Orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak
boleh sewenang-wenangnya kata orang itu tidak Islam. Adakah melayan
penumpang dengan tudung menunjukkan kita lebih Islam?” soalnya.
Pedas tujahan Mahathir, mungkin dia tidak sedar yang memakai pakaian
seksi dan menjolok mata juga sebenarnya dijadikan modal Mas untuk
mengaut keuntungan. Sekali gus menarik lebih ramai penumpang yang miang
dan mata keranjang menggunakan perkhidmatan penerbangan mereka. Betul
tak? Kesian dekat anak cabin Mas, sambil bekerja sambil jual badan, buat
dosa kerana bagi orang ghairah.
Bagus apa Rayani Air perkenalkan anak kabinnya yang memakai tudung,
tidak menghidangkan arak dan sediakan makanan dari sumber yang halal.
Mungkin Mahathir berasa tergugat kot dengan rayani Air… Sebab tu dengki
semacam je.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment