Semalam berlangsungnya satu pertemuan di antara Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng dan pengusaha-pengusa vape di sekitar Pulau Pinang
bagi membincang isu vape yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan sebagai haram.
Walaupun pertemuan ini memakan masa hampir 1 ke 2 jam bagi mendengar
fakta-fakta dan penerangan berkaitan risiko vape, Guan Eng memohon
kepada pengusaha vape dan seluruh rakyat Pulau Pinang untuk diberi masa 2
minggu sebelum kerajaan negeri memutuskan penggunaan vape haram atau
sebaliknya.
Walaupun Guan Eng diberi tempoh 2 minggu untuk memutuskan perkara itu,
ada desas-desus mengatakan Guan Eng bakal menghalalkan penggunaan vape
di negeri itu.
Selain itu, desas-desus tersebut juga mengatakan Guan Eng mahu
menghalalkan vape kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah
negeri bebas untuk berhibur dan mahu menjaga undi pengusaha-pengusaha
rokok elektronik ini.
Jika benar desas-desus tersebut, maka ia bakal mendatangkan kemarahan
rakyat yang mahukan negeri itu bebas dari kepulan wap air yang dihembus
oleh pengguna vape yang tidak bertamadun.
Bukan itu sahaja, jika benar Guan Eng menghalalkan vape. Perkara ini
jelas menunjukkan Guan Eng dan DAP sedang bergiat memesongkan akidah
umat Melayu di negeri itu, kerana vape telah disahkan haram oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan.
Bukan saja memesongkan akidah umat Melayu, tetapi tindakan Guan Eng
untuk menghalalkan vape ini juga bakal memusnahkan anak muda, khususnya
anak-anak muda Melayu yang tidak terlepas untuk mencuba rokok elektronik
ini... Adakah ini yang dimahukan umat Melayu di Pulau Pinang??!!
Justeru itu, walaupun Guan Eng menghalalkan vape di negeri Pulau Pinang,
pengusaha-pengusaha Melayu disarankan untuk meninggalkan penjualan ini
dan melakukan perniagaan lain untuk menyara hidup... Jangan disebabkan
anda mahukan keuntungan dari hasil perniagaan ini, anak-anak muda Melayu
dikorbankan...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment