Wednesday, January 06, 2016

Henti “Kong Kali Kong”.. Parti Mana Jadi Mangsa Serah Kerusi PBT, Jawatan Exco Di Selangor?

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Datuk Mohd Sharif mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak bermain  “kong kali kong” sebaliknya berterus terang menjelaskan berhubung kemelut pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pakatan yang memerintah negeri tersebut.

Jelasnya walaupun hari ini pengumuman telah dibuat bahawa Amanah diperuntukkan lapan daripada 288 kerusi PBT tetapi persoalannya kini adalah kerusi siapakah yang bakal dirampas demi memberi laluan kepada parti serpihan Pas itu.

Malah soal beliau lagi telah ada angin yang bertiup kencang yang mengatakan bahawa Pas bakal menjadi mangsa dek kerana parti itu kini bukan lagi sekutu dengan pakatan harapan.
Shahrum-Datuk-Mohd-Sharif- 
“Azmin perlu menjawab perkara ini dan jangan terus bermain pusing-pusing. Malah pemerintahan di Selangor juga masih samar-samar adakah pakatan harapan yang berkuasa ataupun PKR selaku mentadbir masih sudi bersama Pas.

“Apakah status Pas kini di negeri Selangor…? Kegagalan Azmin untuk menjawab isu ini juga seakan menggambarkan bahawa ada agenda yang tersembunyi seakan Pas bakal disingkirkan di negeri ini,” ujarnya kepada para pemberita.

Selain itu Shahrum turut melemparkan persoalan adakah selepas ini kerusi Exco kerajaan negeri juga akan diperuntukkan kepada Amanah dan sekali lagi adakah kerusi Pas juga bakal menjadi mangsa.

“Bila kerusi diperuntukkan kepada Amanah maka tidak mustahil selepas ini kerusi Exco juga akan dituntut oleh Amanah. Maka parti mana pula yang akan dijadikan kambing hitam.

“Mana mungkin kerusi Dap diganggu-gugat kerana umum mengetahui bahawa Dap tidak mungkin sanggup mengorbankan sebarang hak kepunyaan mereka. Yang bakal menjadi mangsa sudah pasti PKR sendiri dan Pas yang kini dipandang sepi,” katanya lagi.

Hari ini, pembahagian kerusi PBT selesai hasil perbincangan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar sendiri.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah telah mengumumkan, Amanah bakal diberi lapan kerusi namun kerusi siapakah yang akan diambil masih terus menjadi tanda tanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment