Wednesday, January 06, 2016

Isu Bauksit, PKR Fitnah Kerabat Diraja Pahang???

Disebalik kepincangan mengenai isu pencemaran bauksit yang melanda negeri Pahang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba-tiba muncul seolah-olah mahu menjadi penyelamat kepada rakyat di negeri tersebut.

Tapi apa yang mampu dilakukan oleh PKR?? Tiada apa yang mampu dilakukan, sebaliknya hanya cakap-cakap kosong dan saling menyalahkan pentadbiran negeri Pahang. Tidak terlepas, Kerabat Diraja Pahang juga turut terkena tempias apabila PKR menyoal, adakah kerabat Diraja turut terlibat dan bersalah dalam hal tersebut.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh memberi ‘amaran’ kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam isu pencemaran bauksit, haruslah berani tampil untuk bertanggungjawab. Tidak kira apa pangkat dan darjat inidividu terbabit… Meskipun beliau adalah seorang kerabat Diraja.

Tambahnya lagi, isu bauksit sudah menjangkau tahap yang sangat membimbangkan. Kerana ia telah menggangu ekosistem alam semula jadi dan menceroboh hak asasi manusia. Pencemaran bauksit juga mampu untuk mengancam kesihatan pada masa akan datang.

“Rakyat bukan lagi tuan yang sepatutnya ditunaikan hak dan amanah ke atasnya tetapi menjadi hamba kepada tuan yang tamak haloba dan seolah-olah lupa Tuhan.

“Ini salah siapa? Adakah benar ini salah pelombong bauksit? Adakah benar ini salah pemandu lori? Adakah benar ini salah penguatkuasa? Atau salah Konsortium Pelabuhan Kuantan? Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)? Pejabat Tanah dan Galian (PTG)? Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?Atau salah kerabat Diraja Pahang? Atau sebenarnya salah Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang? Atau salah Kerajaan Persekutuan?” katanya.

Menurut wakil PKR tersebut, individu yang bersalah ini sebenarnya terlalu tamak dan langsung tidak amanah dalam melakukan tugas. Walaupun bahan bauksit memberi banyak keuntungan kepada negara, tetapi sikap mementingkan diri sendiri hanya akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

Maknanya dalam isu bauksit ini, PKR secara keseluruhannya menuduh Kerabat Diraja Pahang turut bersubahat… Membenarkan aktiviti melombong secara haram dan berlebihan berlaku di negeri tersebut. Apa bukti PKR yang menyatakan, Kerabat Diraja Pahang turut terlibat?? Atau mereka hanya tahu menyalak tanpa sebarang bukti yang kukuh...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment