Ramai sangat orang yang
dengki dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Ahmad Maslan. Sehingga ada pihak-pihak tertentu yang terlalu
terdesak melemparkan fitnah mengenai ‘kicap’ kepada beliau.
Sedih betul hidup individu terbabit kan….
Mungkin sudah kekeringan idea kot sampai sanggup memfitnah Ahmad Maslan
pasal ‘kicap’ je! Huhhhhh… Takde standard langsung la! Selepas saranan
melakukan dua kerja untuk menampung kos perbelanjaan hidup, kali ini
nama Ahmad Maslan semakin meletop ekoran tersebarnya satu fitnah yang
dilihat agak kelakar.
Fitnah tersebut berbunyi Ahmad Maslan
menyarankan supaya rakyat makan nasi dengan berlaukan kicap bagi
menjimatkan kos perbelanjaan harian. Rakyat jangan sesekali hendak
menyalahkan kerajaan hanya kerana perlaksanaan GST dan penghapusan
subsidi.
“Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan
nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan
penghapusan subsidi” dakwa fitnah tersebut.
Jelas dalam reaksi Ahmad, menunjukkan beliau
benar-benar kecewa atas fitnah melampau tersebut. Tidak menyalahkan
kepada takdir, sebaliknya Ahmad berfikiran ke arah positif dengan
mendoakan supaya individu yang memfitnahnya itu akan menerima hidayah
Allah kelak.
“Fitnah, fitnah. Saya doakan agar orang yang
mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah, agar kesal dan tak
ulangi lagi,” kata Ahmad menerusi laman sosial twitter miliknya.
Kesian kan orang tu, harap-harap lepas ni
hati dia terbuka dan belajar dari kesilapan. Ada ke patut fitnah orang
pasal ‘kicap’?? Takde class langsung laaa. Alang-alang nak buat dosa
besar tue baik fitnah je yang terok-terok terus.. Hahaha!
Meskipun Ketua Penerangan UMNO itu menerima
pelbagai tomahan selepas tersebarnya berita fitnah tersebut, dan
ditambah pula dengan kritikan yang ‘membunuh’ perasaannya sebelum ini.
Namun Ahmad tidak pernah berputus asa untuk terus berjuang demi rakyat.
Harapan Ahmad hanya mahu lihat kehidupan
rakyat di negara ini diperbaiki dan mampu berdikari. Bukannya berniat
memberi saranan untuk memperlekehkan rakyat, seperti yang didakwa. Iyela
bapa mana yang sanggup lihat anaknya susah, betul tak??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment