Bagaikan tidak pernah belajar dari kesilapan, Ahli Parlimen Petaling
Jaya Utara, Tony Pua kini dilihat lebih gemar memperbodohkan diri
sendiri. Mungkin sudah menjadi hobi baginya menunjuk-nunjuk kebodohan
yang dimiliknya, eshhhh tak malu ke?
Anggota panel Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu dinasihatkan
supaya bertindak lebih matang, dan tidak terus menerus mengeluarkan
kenyataan yang bertujuan untuk menghangatkan lagi isu kontroversi
syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan Tony Pua tersebut sangat tidak matang serta memalukan. Tidak
patut bagi seorang ahli panel PAC berperangai sedemikian. Bukan itu
saja, Tony dianggap bodoh kerana gemar mengeluarkan tuduhan tidak
berasas tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng berkata, kelakuan
tersebut dilihat tidak professional dan bukan cara seorang wakil rakyat
bertindak sebegitu. Wajar ke seorang wakil rakyat hanya membuat
kesimpulan berdasarkan persepsi umum??
Tony juga disyaki menghidap penyakit lupa yang kronik kerana dengan
tidak semena-mena, dia cuba menafikan tuduhan berat sebelah dan berbaur
politik di dalam kes 1MDB yang dilemparkannya sebelum ini. Padahal
wakil PAC yang turut dianggotai pembangkang masih menjalankan siasatan.
“Nampaknya kenyataan saya berjaya menusuk saraf Pua. Saya sebelum ini
tidak menyebut nama sesiapa tetapi siapa yang makan cili, dia terasa
pedas. Saya tertanya-tanya dari mana dia mendapat bukti melalui maklumat
umum kononnya berbilion wang hilang disebabkan penjahat, adakah
berdasarkan laporan audit atau membaca Sarawak Report dan terus membuat
kesimpulan?
“Jika kita boleh membuat kesimpulan berdasarkan maklumat umum, maka apa
gunanya mesyuarat PAC. Pua perlu faham bahawa inkuiri di dalam PAC
dijalankan dengan tepat untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang
dibuat oleh media,” katanya
Berkemungkinan Tony Pua gila glamor atau terdesak untuk mencari
publisiti murahan, nak jadi pelakon lelaki terkenal kot. Sebab tue Tony
pandai sangat berlakon, konon dia menjadi mangsa terhadap tuduhan yang
dikeluarkan dirinya sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment