Parti Amanah Nasional (PAN) yang diibaratkan 'reban kosong' kerana
mempunyai ramai pemimpin tapi tak ada pengikut diberikan lapan kerusi
ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Lapan kerusi tersebut jauh kurang daripada 'nafsu besar' PAN yang mahu diberikan 34 kerusi iaitu dua bagi setiap PBT.
Bagaimanapun, Exco DAP Selangor yang jaga hal ehwal PBT Ean Yong Hian
Wah berkata PAN hanya diberikan lapan kerusi di Sepang, Kuala Langat,
Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Keptusan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dalam mesyuarat exco hari ini.
Ean Yong Hian Wah bagaimanapun enggan mendedahkan parti mana yang telah memberikan tempat kerusi mereka kepada PAN.
"Saya tidak fikir ia adalah penting (kerusi siapa) kerana ia diperuntukkan oleh kerajaan negeri," katanya.
Lapan kerusi tersebut diperuntukkan bagi tempoh dua tahun yang bermula pada 15 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2017.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment