Monday, January 25, 2016
"Saya Gembira Kalau Ianya Menjadi Kenyataan" - Datuk Tajul Urus Mat Zain
"Kalau itulah beritanya, Alhamdulillah saya amat gembira sebab saya
harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera," demikian reaksi Exco
Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya desas
desus mengenai Kedah bakal mendapat Menteri Besar baharu pada Rabu ini.
Namun ujarnya, beliau tidak tahu menahu sejauh mana maklumat tersebut,
namun berasa gembira sekiranya berita itu menjadi kenyataan.
"...Tetapi saya tidak tahu, kalau isu itu betul saya amat gembira," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa portal yang
melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya
Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur
untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu
menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Katanya lagi, beliau gembira kerana jika Kedah mendapat menteri besar baharu, insya-ALLAH negeri Kedah akan aman seperti biasa.
"Kerana semua pihak, dan rakyat Kedah ini amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment