Monday, January 25, 2016

Siapa Yang Sanggup ‘Mati’ Demi Mukhriz??

Jika ditanyakan mengenai sokongan padu Ahli-Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional Kedah terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Apakah ada dikalangan ahli tersebut yang sanggup ‘mati’, berkorban harta benda dan pangkat demi mempertahankan Mukhriz daripada digulingkan??

Rasanya macam tak ada aje… Cakap je lebih! Sembang tinggi melangit konon sanggup berkorban demi selamatkan anak Mahathir tu. Tapi bila dapat tahu je yang Mukhriz tetap akan ditendang, semua yang pada awalnya pertahankan nak mampus terus buat pusingan u-turn.

Hahaaaa… Macam tu ke perangai orang bawahan yang Mukhriz banggakan sangat tu, konon dapat sokongan padu dari mereka?? Cehhhhh!! Hangat-hangat tahi ayam je sokong pun. Lebih dahsyat awal-awal tu defend bukan main bila Mukhriz kena hentam, tapi rupa-rupanya dalam diam-diam depa tandatangani akuan bersumpah bagi menukar pucuk kepimpinan negeri Kedah.

Sedih sangat!! Nak tahu siapa yang dimaksudkan tu?? Perempuan tau… ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob. Pada awalnya Suraya ni bukan main hentam Najib dan sokong orang-orang yang mempertahankan Mukhriz.

Tapi mengejutkan pula apabila Suraya kini termasuk antara 20 Adun BN Kedah yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Nampak tak permainan mereka, awal je bikin panas bagi harapan palsu kat Mukhriz, tapi akhir sekali semua kecut telur.

Semua tak berani nak susah payah dan bermatian demi Mukhriz… Yalah siapa yang sanggup kehilangan pangkat dan kedudukan yang dorang ada sekarang ni, betul tak? Masing-masing mesti nak kedudukan yang selesa punya.. Buat apa nak bergadai nyawa demi si anak Mahathir ni.

Mampu ke Mukhriz nak selamatkan dorang sekiranya sekali dorang terkena tempias? So, nampak sangat ‘sokongan padu’ yang Mukhriz banggakan sangat tu hanyalah wayang pacak dan drama kelas atasan dari ‘penyokong upahannya’. Bila dah nak jatuh, buat apa nak sokong lagi betul tak?

Kalau adalah yang cakap yang masih ada lagi ADUN yang sanggup ‘mati’ demi Mukhriz, cuba cakap sikit siapa pemimpin tu… Nak tahu juga siapa gerangan orang yang sanggup mati demi Mukhriz melainkan bapaknya sendiri. Sedangkan Muhyiddin Yassin pun tengok dari belakang je anak ketuanya kena hentam, ini kan pula ahli bahagian yang lain. Sorry to say laaa....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment