
Entah, mungkin juga sudah menjadi sifat orang Melayu dan pro UMNO, untuk
memberi penghormatan kepada perjuangan alif ba ta, samada dizahirkan
melalui organisasi, atau individu.
Itu antara perkara yang penulis dapat lihat di media sosial, apabila
netizen enggan menyerang PERKASA, yang dikenali sebagai ultra Melayu,
sekalipun saf kepimpinan mereka dilihat sangat anti kepada kepimpinan
negara sejak kebelakangan ini.
Namun, segalanya berubah selepas pimpinan PERKASA dilihat turut berada
di lokasi deklarasi rakyat, yang mengakibatkan tindakbalas dari netizen
yang mula mencemuh. Tidak kurang pula yang bertindak dengan menggunting
kad keahlian PERKASA, serta meletakkan kad keahlian di mangkuk tandas
sebagai tanda protes.
Sungguh pun Ibrahim Ali hanya sekadar hadir memberi sokongan (atau
mungkin sekadar menjadi pemerhati), perkara ini jelas tidak selari
dengan perjuangan PERKASA yang dikenali sebagai “anti DAP” melalui
kenyataan dan ceramah-ceramah mereka sebelum ini.
Mengikut sumber, Zahid Mat Arip turut sama menandatangani deklarasi
berkenaan merupakan Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Sila betulkan maklumat
ini jika ianya tidak tepat.
Apa yang pasti, melalui komentar-komentar yang penulis baca di media
sosial, ada juga pihak-pihak yang cuba mempertahankan tindakan Zahid
itu, atas alasan beliau menandatangani deklarasi semeja dengan DAP atas
kapasiti pendirian politik, dan bukannya PERKASA.
Jika begitulah jawapan yang diberi, maka penulis juga ingin bertanya,
jika minggu hadapan Najib Razak menyatakan sokongan kepada LBGT dan anti
Hadis, atas kapasitinya sebagai seorang insan, dan bukannya Perdana
Menteri atau Presiden UMNO, apakah anda dapat menerimanya juga dan kekal
menyokong Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?
Sejujurnya, penulis tidak dapat memberi sokongan kepada PERKASA jika
itulah alasan yang diberi. Begitu juga kepada Perdana Menteri jika
beliau membuat kenyataan seperti contoh yang diberi.
Berfikir sejenak, rasanya penulis tidak terkejut jika ahli PERKASA
memberi jawapan persis nada Pakatan Rakyat, atau Pakatan Harapan
pimpinan DAP. Mungkin sebab sudah lama bercampur baur dengan mereka.
Kan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment