Wednesday, March 09, 2016

“Bro, Mereka Sokong Atas Pendirian Politik, Bukan Perkasa”

Entah, mungkin juga sudah menjadi sifat orang Melayu dan pro UMNO, untuk memberi penghormatan kepada perjuangan alif ba ta, samada dizahirkan melalui organisasi, atau individu.

Itu antara perkara yang penulis dapat lihat di media sosial, apabila netizen enggan menyerang PERKASA, yang dikenali sebagai ultra Melayu, sekalipun saf kepimpinan mereka dilihat sangat anti kepada kepimpinan negara sejak kebelakangan ini.

Namun, segalanya berubah  selepas pimpinan PERKASA dilihat turut berada di lokasi deklarasi rakyat, yang mengakibatkan tindakbalas dari netizen yang mula mencemuh. Tidak kurang pula yang bertindak dengan menggunting kad keahlian PERKASA, serta meletakkan kad keahlian di mangkuk tandas sebagai tanda protes.

Sungguh pun Ibrahim Ali hanya sekadar hadir memberi sokongan (atau mungkin sekadar menjadi pemerhati), perkara ini jelas tidak selari dengan perjuangan PERKASA yang dikenali sebagai “anti DAP” melalui kenyataan dan ceramah-ceramah mereka sebelum ini.

Mengikut sumber, Zahid Mat Arip turut sama menandatangani deklarasi berkenaan merupakan Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Sila betulkan maklumat ini jika ianya tidak tepat.

Apa yang pasti, melalui komentar-komentar yang penulis baca di media sosial, ada juga pihak-pihak yang cuba mempertahankan tindakan Zahid itu, atas alasan beliau menandatangani deklarasi semeja dengan DAP atas kapasiti pendirian politik, dan bukannya PERKASA.

Jika begitulah jawapan yang diberi, maka penulis juga ingin bertanya, jika minggu hadapan Najib Razak menyatakan sokongan kepada LBGT dan anti Hadis, atas kapasitinya sebagai seorang insan, dan bukannya Perdana Menteri atau Presiden UMNO, apakah anda dapat menerimanya juga dan kekal menyokong Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Sejujurnya, penulis tidak dapat memberi sokongan kepada PERKASA jika itulah alasan yang diberi. Begitu juga kepada Perdana Menteri jika beliau membuat kenyataan seperti contoh yang diberi.

Berfikir sejenak, rasanya penulis tidak terkejut jika ahli PERKASA memberi jawapan persis nada Pakatan Rakyat, atau Pakatan Harapan pimpinan DAP. Mungkin sebab sudah lama bercampur baur dengan mereka.

Kan?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment