Wednesday, March 09, 2016
Editor Harakah “Kencing” Atau Pesuruhjaya PAS Terengganu Membelakangi Presiden?
Mungkinkah PAS Terengganu menghadapi
masalah dalaman memandangkan terdapat beberapa kenyataan mereka yang
bercanggah diantara satu sama lain.
Portal rasmi Parti Islam Semalaysia,
Harakahdaily telah bertindak mengeluarkan artikel yang bertajuk PAS
Terengganu setuju untuk melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar
Terengganu. (Harakah dah padamkan artikel tersebut?)
Memetik lidah rasmi tersebut, kenyataan
itu telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat
dengan menyatakan syarat bahawa bekas menteri besar tersebut haruslah
terlebih dahulu menyertai PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.
Menurut Satiful, perkara itu kononnya
telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan
ADUN-ADUN PAS yang lain termasuk ADUN Bandar daripada PKR.
Lebih memalukan apabila Satiful
mengeluarkan kenyataan dalam facebook peribadinya bahawa MB Razif
“tiada moral, tiada kredibiliti”.
Namun kenyataan tersebut jelas berbeza dengan pendirian yang dinyatakan oleh Hadi Awang sebentar tadi kepada pihak media.
Hadi dengan jelas menyatakan bahawa PAS
tidak akan menyokong usul yang dibawa oleh Ahmad Said dan akan memberi
ruang kepada UMNO bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu sendiri.
Pas mengambil pendirian berkecuali dalam
isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
“Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil
bahagian. Pas hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk
merebut jawatan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini
hari ini
Persoalannya kini, adakah Satiful Bahri
dan ADUN-ADUN PAS Terengganu membelakangi Presiden PAS dalam membuat
sebarang usul dan cadangan?
Wajarkah Hadi terus memberikan
kepercayaan kepada Satiful yang juga merupakan ADUN Paka untuk memegang
jawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu?
Satiful dengan sewenangnya mengeluarkan
kenyataan dan menggunakan nama Presiden PAS yang bercanggah dengan
kenyataan oleh Hadi pada hari ini.
Ini merupakan petunjuk kepimpinan Hadi
semakin lemah di Terengganu sehinggakan pengikutnya juga bertindak tidak
menghormati beliau dan memalukan namanya di dalam lidah rasmi mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment