Dia pertikai RM1.5 bilion dibelanjakan dan RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma dari Arab Saudi. Kononnya fakta itu tidak masuk akal dan tidak benar. Apa dia fikir semua orang UMNO bodoh matematik dan tidak tahu mengira seperti ‘macai-macai’nya?
Wednesday, March 09, 2016
Siapa Akan Kutip Mukhriz Jika Dipecat Nanti?
EDITOR MENULIS...
9 MAC 2016
Kita semua dapat melihat sendiri bagaimana pergerakan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang
dikatakan sedang menjelajah ke seluruh negara untuk menjaja cerita
memburuk-burukkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Khabarnya dari Kedah, dia bersama rombongannya ke Kelantan,
Terengganu dan kini berada di Pahang. Laporan dari beberapa media
mengesahkan tentang gerakannya mensabotaj Presiden dan parti sendiri di
khalayak umum.
Setiap hari juga kita dihidangkan dengan kenyataan demi kenyataan
yang meminta Mukhriz diambil tindakan tegas dan dipecat segera dari
parti. Khabarnya, bukti sedia ada sudah cukup untuk tindakan pecat
diambil terhadapnya. Perkara yang sama pernah dilakukan oleh bapa
Mukhriz dulu bagi merasionalkan pemecatan bekas Menteri Besar yang gagal
itu.
Namun sehingga kini, kita boleh lihat barisan pucuk pimpinan UMNO masih
lagi berdiam diri.
Mungkin sedang memerhati, meneliti, mengumpul
maklumat dan reaksi dari akar umbi parti di seluruh negara tentang anak
bekas Presiden itu. Masih belum ada sebarang tindakan diambil.
Selain itu, para penasihat undang-undang dan pakar perlembagaan parti
juga mungkin sedang dalam proses meneliti tindakan yang sesuai untuk
diambil terhadap mereka yang menyokong ‘deklarasi Mahathir’. Bukan saja
Mukhriz, mungkin Muhyiddin juga turut akan diambil tindakan.
Sehingga keputusan tersebut tidak diumumkan pucuk pimpinan tertinggi
UMNO, kita memohon supaya seluruh pejuang UMNO bersabar buat
sementara waktu…
Cuma pada pandangan kita ini, memang sepatutnya pun Mukhriz dipecat
dari parti. Tidak perlu didesak oleh akar umni atau mana-mana pihak,
Mukhriz sepatutnya disingkirkan dari parti atas tindakan bodohnya
memperbodoh-bodohkan mereka yang mendengar ceramahnya di Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
Kita dahulunya melihat Mukhriz sebagai salah seorang pemimpin muda yang
berpotensi.
Dibandingkan dengan Khairy Jamaluddin, kita mungkin lebih
memilih Mukhriz. Tapi kita tersalah pilih kerana dia bukan saja
ternyata ‘buta politik’, tapi ‘gelojoh’ mahu ke atas…
Khabarnya dia kini telah memulakan
kempen untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.
Tapi cara kempennya
ialah menyerang Presiden dan mendedahkan beberapa rahsia parti yang
tidak sepatutnya diceritakan ke khalayak umum. Cara itu boleh
menyebabkan dia dipecat dari parti.
Dari sudut politik, apakah tindakan itu boleh dikatakan ‘bijak
politik’? Jika dipecat dari parti, agaknya bolehkah dia bertanding
jawatan lagi di dalam UMNO nanti? Dia mahu bertanding jawatan dalam
parti mana jika dipecat dari UMNO?
Dia berpendirian kononnya dia dipihak yang benar dan tidak takut
dipecat. Benar bagaimana jika apa yang dijajanya itu bukan berdasarkan
fakta sebenar dan hanyalah persespi dirinya sendiri. Dia menjaja tentang
dana politik parti dan perbelanjaan parti pada PRU ke-13. Siapa dia
untuk bicarakan soal itu?
Dia pertikai RM1.5 bilion dibelanjakan dan RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma dari Arab Saudi. Kononnya fakta itu tidak masuk akal dan tidak benar. Apa dia fikir semua orang UMNO bodoh matematik dan tidak tahu mengira seperti ‘macai-macai’nya?
Dari sudut logik akal, apakah dia fikir UMNO tidak ada duit dalam
akaun parti dan hanya bergantung harap pada dana RM2.6 bilion itu
sahaja? Apa dia fikir UMNO hanya ada satu sumber saja yang memberi
sumbangan dana politik? Dari mana dia belajar?
Apakah bapa Mukhriz tidak pernah beritahu pada anaknya tentang
sumber-sumber yang menyumbang kepadanya ketika menjadi Presiden UMNO
dulu? Atau Mukhriz sengaja pura-pura bodoh konon tidak tahu tentang
sumber-sumber bapanya dulu? Tak payahlah berlagak ‘suci’…
Nampaknya Mukhriz mungkin bakal kecundang tidak lama lagi. Tidak
perlu menyinsing lengan, Khairy boleh tersenyum melihat Mukhriz
tersungkur akibat gelojoh tidak bertempat. Bapanya dulu dipecat namun
bapa Najib kutip kembali. Tapi kalau Mukhriz dipecat hari ini, siapa
agaknya akan kutip dia nanti?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment