Wednesday, March 09, 2016
Ku Li Dakwa Gerakan Mahathir Mengarut !!!
KUALA LUMPUR : Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu
dikaitkan dengan Deklarasi Rakyat, meskipun namanya disebut sebagai
antara mereka yang menandatangani dokumen itu.
“Tidak, ia tidak penting. Jangan libatkan saya dalam hal-hal yang
mengarut ini,” katanya ketika diaju soalan oleh pemberita mengenai
kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir
dipecat dari UMNO.
Jelas veteran UMNO itu, terserah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk
mengambil keputusan sama ada menggantung atau memecat kedua-dua
pemimpin parti Melayu itu.
“Saya hanya ahli UMNO biasa sahaja. Anda tanya mereka. Benda ini tidak penting bagi saya,” ujarnya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini
mencadangkan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari UMNO memandangkan
Deklarasi Rakyat itu bercanggah dasar dan prinsip UMNO.
MAHATHIR TAHU SIAPA DAP
Pengerusi Kelab Naib-naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Datuk Mohd
Anuar Mohd Yunus mendakwa rakyat tidak dapat menerima mahupun memahami
tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan parti
pembangkang, terutama DAP.
Beliau berkata, Mahathir ketika memimpin UMNO tidak pernah melepaskan
peluang mengkritik pembangkang dalam Perhimpunan Agung UMNO saban tahun.
“Ramai yang tidak boleh terima apa yang berlaku…macam mana negarawan
kita Tun Mahathir sanggup bersekongkol dengan DAP. Beliau pun tahu siapa
DAP.
“Dulu setiap tahun ucapan beliau dalam perhimpunan agung, DAP-lah yang
disebut. Tetapi hari ini bersekongkol pula. Rakyat di bawah tak faham
mengapa ini boleh berlaku kepada negarawan kita,” katanya dalam sidang
media di PWTC hari ini.
Beliau mengetuai sejumlah 80 ahli Kelab Naib-naib Ketua UMNO Bahagian
1Malaysia menyerahkan memorandum ‘Menyokong Penuh Kepimpinan Perdana
Menteri’ kepada Setiausaha Agung UMNO, yang diwakili Ketua Setiausaha
UMNO Malaysia Azwan Aziz.
Selain menyatakan sokongan terhadap Najib, memorandum itu juga
mengusulkan pembersihan besar-besaran dalaman UMNO daripada pihak yang
tidak setia kepada Najib.
Memorandum itu susulan kepada pelancaran deklarasi rakyat yang
ditandatangani pembangkang dan Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO
lain untuk mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu berkata, Mahathir
dan pemimpin UMNO lain yang terlibat tidak akan dapat menentukan hala
tuju kerjasama tersebut, yang disifatkannya memiliki ‘idealogi
songsang’.
‘Ideologi songsang’ yang dimaksudkannya adalah DAP yang menurutnya
menentang setiap unsur Melayu-Islam, dan NGO seperti Gabungan Pilihan
Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang
didakwanya memperjuangkan LGBT dan pemansuhan undang-undang Syariah.
“Kami yakin kelompok ‘desperado’ yang menongkah arus perjuangan UMNO ini
akan tenggelam dalam pukulan badai yang direncanakan kumpulan yang
anti-UMNO, anti-BN, anti-Melayu dan anti-Islam,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment