Thursday, March 10, 2016
Mahathir Yakin Semua Ahli UMNO Akan Keluar Parti
Selepas Mahathir umumkan keluar dari UMNO, para pemuja totoknya dengan
sangat yakin menyatakan bahawa semua ahli UMNO akan mengikut jejak
langkah beliau.
Seluruh rakyat Malaysia sudah tahu, Mahathir keluar UMNO bukan demi
rakyat dan juga ahli UMNO, tetapi Mahathir keluar UMNO kerana merajuk
apabila dia GAGAL menghasut rakyat dan ahli UMNO agar menggulingkan
Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
Percayalah.., keluar dari UMNO ini merupakan satu lagi wayang cina dari
Mahathir sepertimana yang pernah dia lakukan dulu semasa zaman Pak Lah
menjadi Perdana Menteri. Mahathir berharap, ramai yang akan bersimpati
jika dia keluar dari UMNO dan mampu menaikkan semangat melawan
dikalangan pentaksubnya.
Tapi Mahathir silap.. Kali ini ahli UMNO bukannya bodoh untuk terjerat
kedua kali dengan permainan politik jijik Mahathir. Mahathir kini umpama
"meggali kuburnya sendiri" apabila cuba menggunakan skrip yang sama
sewaktu dia menggulingkan Pak Lah.
Sebelum ini.., setiap serangan dari Mahathir yang dibantu oleh
penyebaran fitnah dari Sarawak Report dan agen Yahudi, dijawab dan
ditangkis dengan baik oleh DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.
Rakyat kebanyakannya menerima dan berlapang dada dengan penjelasan
Najib.
Cuma Mahathir sahaja yang masih bebal dan tongong untuk menerima hakikat
bahawa fitnah yang dilemparkannya kepada Ulul Amri di Tanah Melayu ini
tidak diredhai oleh Allah SWT. Mahathir lupa bahawa Tuhan lebih besar
dari perancangan politiknya.
Dan apabila segala perancangannya tidak terlaksana, Mahathir sedar dia
kini tak ubah seperti "anjing yang menyalak bukit" sahaja. Penat pun
dapat.., malu pun ada.. Akhirnya Mahathir memilih untuk lari "bercawat
ekor" dari parti yang pernah berjasa pada diri serta anak beranaknya.
Mahathir menuduh UMNO kini sudah menjadi parti Najib.., walhal kerana
jasa UMNO lah anak-anak Mahathir mampu untuk menjadi anatara individu
terkaya di Malaysia. Dan kerana UMNO lah seorang mamak berketurunan
Kerala mampu hidup mewah di negara asing.
Semua ini membuktikan Mahathir sememangnya manusia yang kufur nikmat dan
jahil murakkab. Tak pernah mahu bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan
melalui kuasa pentadbiran yang pernah diberikan kepada dirinya serta
keturunan.
Apa lagi yang nak dikata..., Mahathir lebih suka mengakhiri politiknya
dalam keadaan sangat hina dan derhaka pada bangsa.., agama serta
tanahair.. Semuanya kerana kuasa dan nafsu.. Mahathir tewas jua
akhirnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment