Thursday, March 10, 2016

Mahathir Yakin Semua Ahli UMNO Akan Keluar Parti

Selepas Mahathir umumkan keluar dari UMNO, para pemuja totoknya dengan sangat yakin menyatakan bahawa semua ahli UMNO akan mengikut jejak langkah beliau.

Seluruh rakyat Malaysia sudah tahu, Mahathir keluar UMNO bukan demi rakyat dan juga ahli UMNO, tetapi Mahathir keluar UMNO kerana merajuk apabila dia GAGAL menghasut rakyat dan ahli UMNO agar menggulingkan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Percayalah.., keluar dari UMNO ini merupakan satu lagi wayang cina dari Mahathir sepertimana yang pernah dia lakukan dulu semasa zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Mahathir berharap, ramai yang akan bersimpati jika dia keluar dari UMNO dan mampu menaikkan semangat melawan dikalangan pentaksubnya.

Tapi Mahathir silap.. Kali ini ahli UMNO bukannya bodoh untuk terjerat kedua kali dengan permainan politik jijik Mahathir. Mahathir kini umpama "meggali kuburnya sendiri" apabila cuba menggunakan skrip yang sama sewaktu dia menggulingkan Pak Lah.

Sebelum ini.., setiap serangan dari Mahathir yang dibantu oleh penyebaran fitnah dari Sarawak Report dan agen Yahudi, dijawab dan ditangkis dengan baik oleh DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia. Rakyat kebanyakannya menerima dan berlapang dada dengan penjelasan Najib.

Cuma Mahathir sahaja yang masih bebal dan tongong untuk menerima hakikat bahawa fitnah yang dilemparkannya kepada Ulul Amri di Tanah Melayu ini tidak diredhai oleh Allah SWT. Mahathir lupa bahawa Tuhan lebih besar dari perancangan politiknya.

Dan apabila segala perancangannya tidak terlaksana, Mahathir sedar dia kini tak ubah seperti "anjing yang menyalak bukit" sahaja. Penat pun dapat.., malu pun ada.. Akhirnya Mahathir memilih untuk lari "bercawat ekor" dari parti yang pernah berjasa pada diri serta anak beranaknya.

Mahathir menuduh UMNO kini sudah menjadi parti Najib.., walhal kerana jasa UMNO lah anak-anak Mahathir mampu untuk menjadi anatara individu terkaya di Malaysia. Dan kerana UMNO lah seorang mamak berketurunan Kerala mampu hidup mewah di negara asing.

Semua ini membuktikan Mahathir sememangnya manusia yang kufur nikmat dan jahil murakkab. Tak pernah mahu bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan melalui kuasa pentadbiran yang pernah diberikan kepada dirinya serta keturunan.

Apa lagi yang nak dikata..., Mahathir lebih suka mengakhiri politiknya dalam keadaan sangat hina dan derhaka pada bangsa.., agama serta tanahair.. Semuanya kerana kuasa dan nafsu.. Mahathir tewas jua akhirnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment