Penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias mendedahkan dirinya pernah
disihir dan disantau beberapa kali. Peristiwa beliau telah disantau itu
kini viral di aplikasi Whatsapps.
Dalam mesej tersebut, Ustaz Kazim menceritakan peristiwa beliau yang telah disantau.
Semuanya bermula pada tahun 1996 apabila beliau dijemput menjadi imam
qiamullai dan selepas solat subuh, beliau mengalami sakit dada dan badan
tiba-tiba sahaja menjadi lemah.
"Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang
ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba
sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak
keluar.
"Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang,
anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah,
dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan
berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata "padan
muka..padan muka".
"Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak
lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin
lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
"Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau
dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut
mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya
Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata "sabar ni ujian
Allah.."
"5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya
ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan
beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan
sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..
1997.
Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya.
Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan
tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke
Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua
ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama,
memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca
beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan
mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir
saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari
tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara
itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya
terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..
Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh
duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya
menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak
benda.
1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata
"maafkan kami ustaz" berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya "nape?"
Dia jawab "kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz".
Saya tanya "kenapa buat kat saya mcm ni?"
Dia jawab "Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg
tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz".
Saya jawab "takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati".
Dia kata lagi "mereka berenam terlibat."
"Enam org?" saya terkejut..
Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam
mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka
yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan
memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang
beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada
dendam dihati, Alhamdulillah.
2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari
berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak
sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak
macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya
dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat
mengingati orang disekeliling saya.
Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz
dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima
kasih kepada Dato' Ismail kamus, Dato' Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh.
Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang
membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin
tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya
ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan
Allah mengampuni dosa kita.
Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana
mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam
apabila Dato' Ismail Kamus berkata pada saya..."Anta berubatlah akan
diri anta sendiri.."
Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera
makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah...saya temui
jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai
anjing ditanam dalam halaman rumah...Apa jenis manusia ini...Apa salah
saya...???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini
antaranya... Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana
kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih
kawan dan sahabat yang tolong saya.
- Ustaz Kazim Elias -
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment