Thursday, March 10, 2016
Mat Said Tak Mengaku Mahathir Jadi Dalang Untuk Singkirkan MB Terengganu
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mengemukakan
usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri
Ahmad Razif enggan mengakui siapa dalang yang menyuruh beliau untuk
bertindak demikian.
Walaupun tindakan 'meroyan' Ahmad Said itu didakwa didalangi Tun Dr
Mahathir Mohamad yang kini sedang memecah-belahkan Umno dan Barisan
Nasional (BN), Ahmad Said menegaskan dakwaan itu salah.
Menurut Ahmad Said, dakwaaan yang mengatakan Mahathir sebagai dalang itu
adalah fitnah kerana Mahathir tidak sama sekali terlibat dalam kemelut
yang dicetuskan beliau.
Dalam masa sama, Ahmad Said turut memberi amaran kepada pihak yang
mendakwa Mahathir sebagai dalang supaya tidak melibatkan Mahathir dalam
isu ini.
Jika Mahathir masih dikaitkan dalam hal ini, beliau akan mendedahkan rahsia besar mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.
"Kalau ada yang kata Dr Mahathir terlibat sama, itu fitnah. Dr Mahathir
tidak terlibat dan jangan kaitkan dengan Mahathir. Dia tidak ada kena
mengena. Jangan fitnah orang, buat dosa saja," kata Adun Kijal itu.
Kelakar juga bekas Menteri Besar Terengganu ni ye... Siap ugut nak
pecahkan rahsia besar Perdana Menteri lagi... Besar sangat ke rahsia
yang dipegang Mat Said ni?? Kenapa tak dedahkan je rahsia besar tu??
Dah lapuk laa Mat Said pakai taktik ugut-ugut ni... Takda apa yang perlu
ditakutkan dengan ugutan Mat Said ni... Lagipun orang ramai dah tahu
ini semua di dalangi siapa... Biarlah Mat Said nafi sekalipun, orang
tetap tahu 'orang itulah' yang menjadi dalangnya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment