Thursday, March 10, 2016

Zahid Hamidi Puji Keputusan Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan Deklarasi Rakyat serta usul undi tidak percaya yang dikemukakan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai perkara dan usaha yang sia-sia.

Justeru itu, Hadi telah mengarahkan ahli Pas supaya tidak terjebak dengan gerakan Deklarasi Rakyat dan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu.

Dengan tindakan Presiden Pas itu, Hadi mendapat kepujian daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Zahid, beliau menyambut baik keputusan Presiden Pas untuk tidak bersama rakan pembangkang di dalam gerakan Deklarasi Rakyat yang kononnya mewakili perjuangan rakyat.

"Saya menyambut baik pandangan yang penuh integriti itu, yang membuktikan Pas bersikap rasional dengan menolak budaya memecat pemimpin yang bercanggah dengan demokrasi. Ini sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini, bahawa Perdana Menteri telah dipilih melalui sistem pilihanraya dan demokrasi yang sah

"Janganlah kita perdaya dan kelirukan rakyat, kononnya Deklarasi ini mewakili majoriti masyarakat... Walhal hanya didokong sebilangan kecil pemimpin radikal semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih rakyat sendiri," kata Zahid Hamidi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment