Thursday, March 10, 2016
Najib Razak Bebas Dari Sebarang Tuduhan Rasuah - Azalina Othman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali sebelum ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak bebas dari sebarang jenayah rasuah.
Pengesahan tersebut merujuk kepada hasil siasatan terhadap dakwaan yang
membabitkan skandal derma politik RM2.6 billion dan isu anak syarikat
1MDB, SRC International. Kesemua isu terbabit kerap dibangkitkan oleh
ahli pembangkang bagi menjerat Perdana Menteri. Mereka menuduh Najib
menerima rasuah dari syarikat terbabit.
Disebabkan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina
Othman Said membuat kesimpulan bahawa hasil siasatan tersebut jelas
menunjukkan bahawa Perdana Menteri selama ini melakukan kerja yang
bersih. Langsung tidak terjebak dengan sebarang urusan mengambil atau
memberi rasuah.
“Berdasarkan semua fakta keterangan saksi, Peguam Negara berpuas hati
bahawa Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah.
“SPRM juga mengesahkan RM2.6 bilion adalah dana yang didermakan oleh keluarga Diraja Arab Saudi,” katanya.
Azalina mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menjawab kepada
persoalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di
Parlimen hari ini. Mahfuz menyoal mengenai RM42 juta yang didakwa,
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib oleh SRC International.
Bukan itu sahaja, dalam jawapan bertulisnya Azalina sekali lagi
menegaskan SPRM telah menyiasat dan mengesahkan Perdana Menteri tidak
melakukan kesalahan rasuah dalam kes SRC International.
Sekiranya ahli pembangkang dan rakyat masih beranggapan bahawa Perdana
Menteri sememangnya terlibat dalam jenayah rasuah. Itu bermakna
pemikiran mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Mungkin juga iman
mereka lemah kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment