Thursday, March 10, 2016
PAS Dihasut Supaya Bencikan UMNO???
Sekejap cakap begitu sekejap cakap begini. Eshhhh, pelik! Rupa-rupanya
parti Islam Pas ini sebenarnya lalang jugak rupanya!! Baru-baru ni cakap
bahawa mereka menolak tindakan Pakatan Harapan dan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mereka mahu menjatuhkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Razak.
Tetapi kali ini lain pulak jadinya, apabila kesemua ahli Pas diingatkan
supaya tidak terperangkap dan mudah terpengaruh dengan ‘agenda’ UMNO.
Eshhhh, agenda apa pulak ni?? Kadang-kadang kita pun tak faham dengan
kehendak sebenar Pas ni.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas akan
terus menentang UMNO habis-habisan demi memperjuangkan maruah bangsa,
negara dan agama. Malah mereka tekad untuk menyelamatkan ekonomi dan
negara daripada pemimpin zalim.
Bukan itu sahaja, Pas turut menghentam pentadbiran UMNO sebagai sebuah
pentadbiran yang teruk. Tidak tahu menguruskan negara dengan betul, dan
hanya mampu memberi idea-idea yang teruk dan tidak boleh di pakai.
“Setiap kali berlaku gelombang dalam UMNO, kita kena ambil manfaat.
Sebahagian besar ahli UMNO pening, mereka hendak kepada UMNO tetapi UMNO
sudah teruk,”katanya.
Kita rasa laa kan… Pas ni sebenarnya saja nak cari isu. Bukan apa, sebelum
ini Pas yang beriya-iya tawarkan diri untuk jadi ‘penasihat’ kepada UMNO
tetapi ditolak mentah-mentah oleh parti Melayu itu. Mungkin sebab tu
Pas buat cerita yang UMNO satu pentadbiran yang teruk, elehh cakap jela
yang Pas terdesak nak jadi ‘penasihat’ UMNO.., lepas tu tak puas hati
sebab dah kena tendang dengan UMNO.
Mungkin juga Pas kini telah dihasut dengan geng DAP dan Mahathir, ya lah
geng ‘PakaTUN’ pun terdesak jugak nak cari lebih ramai ahli untuk
menentang Najib. Dengan adanya Pas senang sikit dorang nak gulingkan
Perdana Menteri. Macam-macam hal Pas ni, langsung tiada pendirian parti.
Umpama sebiji bola, ikut je orang tendang ke mana. Baik tak payah buat
parti, bubarkan je senang.
Kalau perangai tu asyik ikut je mana orang cakap, parti jenis apa yang
takde pendirian?? Buat malu jela! Sekejap sokong UMNO, sekejap sokong
Mahathir, lepas tu baik pulak dengan DAP.. Eshhh, pening arr!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment