Tahukah anda bahawa “Deklarasi Mahathir” akan menjadi platform untuk
membawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara kerana
kesalahan meliwat.
Walaupun agenda ini tidak terkandung dalam deklarasi asal yang
ditandatangani dan diumumkan Jumaat lepas namun ianya akan menjadi
agenda utama mereka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda itu
akan menjadi agenda utama dalam perhimpunan mansuh Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia pada 2
April ini.
Menurut sumber Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Kijal Dato’ Seri Ahmad
Said merupakan orang yang ke 26 menandatangani “Deklarasi Mahathir”.
Tindakan beliau ini seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau menyokong
penuh pembebasan Anwar dari jenayah liwat tersebut.
Kini rakyat Terengganu dapat melihat dengan jelas sifat munafik Ahmad
Said dalam arena politik tanahair. Beliau dilihat menyertai kumpulan
golongan kecewa yang mahu “membuat kacau” semata-mata di Terengganu dan
seluruh negara.
Semalam, beliau telah mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri
Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Sidang DUN
Terengganu. Tujuan beliau jelas iaitu mengganggu keharmonian secara
berterusan. Walau bagaimanapun, Speaker Dewan Undangan Negeri Satuk Mohd
Zubir Embong menolak usul itu, dengan alasan keperluan menghantar notis
14 hari tidak dipatuhi.
Sementara itu, MB Razif berikrar tidak akan tunduk kepada mereka yang
ingin menjatuhkannya selepas Ahmad Said cuba membentangkan usul undi
tidak percaya terhadapnya semalam.
“Kepada mereka yang ingin jatuhkan saya dengar baik-baik. Saya tak takut dan saya tak akan tunduk.
“Biar berdepan cabaran menggunung, biar tiba tentangan hebat, saya tak akan menyerah kalah.
“Biar mati berkalang tanah, biar ada yang berpaling tadah, saya tidak
akan mengalah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri
Terengganu hari ini.
Ahmad Razif berkata antara perancangan lawan dengan perancangan Allah,
perancangan Allah adalah yang terbaik dan kepada Allah beliau berserah.
Allahuakbar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment