
Pakatan Harapan kini jelas menggunakan platform
‘Deklarasi Mahathir’ untuk membawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari penjara kerana kesalahan meliwat.
Agenda ini tidak terkandung dalam deklarasi asal yang ditandatangani dan diumumkan Jumaat lepas.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda
itu akan menjadi agenda utama dalam perhimpunan mansuh Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia pada 2
April ini.
“Pakatan Harapan hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Datuk
Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama agenda
reformasi yang lain,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di
sini pada Isnin.
Jumaat lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai
kumpulan lebih 58 orang menandatangani deklarasi itu, menyokong
penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.
Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan presiden UMNO Tan Sri
Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.
Dr Wan Azizah juga mendakwa Dr Mahathir sebenarnya memerlukan
sokongan pembangkang dalam membawa agenda menyingkirkan Najib berbanding
persepsi bahawa pembangkang menumpang pengaruh bekas perdana menteri
itu.
“Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment