Wednesday, March 09, 2016
Syabas Presiden PAS.... PAS Tidak Terlibat Usul Undi Tidak Percaya MB Terengganu - Hadi
KUALA LUMPUR : PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman pada Selasa.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak
terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk
Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Terengganu.
"Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. PAS hanya lihat isu-isu
yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan," katanya ketika
ditemui media di lobi Parlimen, di sini, Rabu.
Abdul Hadi diminta mengulas mengenai cadangan usul dibawa Ahmad, yang
juga bekas menteri besar Terengganu selama enam tahun bermula 2004,
sebelum mengakhiri perbahasannya di DUN itu.
Cadangan itu bagaimanapun ditolak Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.
Sementara itu, ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai 'Deklarasi
Mahathir', Abdul Hadi berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan
'gopoh'.
"Saya sebelum ini sudah beri kenyataan bahawa ada perkara yang kita
setuju dan ada yang tidak setuju mengenai deklarasi itu. Yang kita
setuju adalah perubahan. Yang kita tidak setuju adalah gopoh.
"Kita mahu perubahan secara demokratik sama ada pilihan raya atau undi
tidak percaya. Undi tidak percaya mestilah undi di Parlimen, mestilah
(melibatkan) orang Umno sendiri. Kalau Umno tak ubah dan kita (PAS)
saja yang ada 14 kerusi nak buat apa, maka sia-sialah. Mesti ada
kemunasabahannya," katanya.
Jelasnya, PAS tidak akan bersetuju dengan perkara-perkara yang tidak mengikut proses demokrasi.
Beberapa anggota Umno dan pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu menandatangani deklarasi yang
antara lain mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana
menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment