Wednesday, March 09, 2016

UMNO Tiada Pilihan Kecuali Pecat Mukhriz Yang Sedang Membakar Parti

http://3.bp.blogspot.com/-Gsh_AiEUyrM/VbgYCBvQOwI/AAAAAAABLWE/_nMvg4EJav8/s1600/mukhriz%2Bangkat%2Bsumpah.jpg
UMNO tiada pilihan kecuali memecat Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mendedahkan perbicangan sulit parti sehingga boleh menjejaskan kedudukan parti dari segi persepsi masyarakat dan peraturan pilihan raya.

Mukhriz dalam satu rakaman video mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum ke-13. Pengakuan tersebut dibuat dalam pertemuan dengan ketua perhubungan Umno negeri tahun lalu.

Perbelanjaan BN sebanyak RM 1.5 bilion tersebut sekiranya dibawa ke Mahkamah oleh parti lawan boleh menjadi satu pertarungan undang-undang yang panjang dan rumit. 

Ini kerana peraturan pilihan raya mengehadkan perbelanjaan setiap calon sebanyak RM200,000. Jika mengambil kira calon BN berjumlah 221 untuk kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN, jumlah perbelanjaan purata setiap calon sudah melebihi angka RM 1 juta.

Sudah tentu ia bergantung kepada tafsiran undang-undang kerana ada beza perbelanjaan calon dan parti dan pihak ketiga.

Namun yang menjadi isu di sini mengapa Mukhriz dalam keadaan mahu menjatuhkan Presiden UMNO turut menyeret sama UMNO dan Barisan Nasional? Ini dikatakan marah nyamuk dibakarnya kelambu. Menjelang pilihan raya akan datang UMNO tidak mampu menanggung lagi serangan dari dalam yang bakal merosakkan seluruh jentera parti seperti ini.

“Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.
“Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?
“Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul.” katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.
Mukhriz, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata demikian kepada ahli-ahli akar umbi Umno pada satu majlis di Kelantan pada Isnin lalu. – Malaysiakini.com

Mukhriz mungkin bodoh atau berpura-pura bodoh. Perbelanjaan pilihan raya sudah tentu tidak datang dari satu akaun sahaja dan bersumberkan Presiden UMNO sahaja. 

Kita juga sangat aneh apabila Mukhriz mempertikaikan jumlah derma yang dikembalikan. Mengapa beliau mahu mempertikaikan jumlah yang telah dikembalikan? 

Mungkin masuk akal jika beliau mempertikaikan jumlah yang dibelanjakan kerana mahu tahu ketelusan perbelanjaan tersebut. Atau mempertikaikan mengapa wang dikembalikan kurang dari sepatutnya kerana ingin menuduh Presiden menyeleweng wang derma. 

Tapi mempertikaikan wang yang dikembalikan kononnya melebihi sepatutnya sangat melucukan. Apa isu korupsi di sini?

Mukhriz tidak mungkin memahami sepak terajang pilihan raya kerana selama ini orang lain yang bekerja mencari sumber kewangan dan menyusun jentera parti. Beliau hanya menayangkan muka, menyampaikan salam bapanya dan bergantung kepada aura bapanya. 

Jika dalam produksi rancangan televisyen, Mukhriz adalah penyampai berita yang menampilkan imej ceria, baik dan kemas bagi menarik minat penonton. 

Penyampai berita yang baru jarang memahami kesusahan penerbit, editorial, jurukamera, jurusolek, pengarah susun latar dan penjaga lampu mewujudkan bahan dan suasana yang menarik untuk satu penampilan rancangan berita yang kemas, padat dan menarik minat ramai orang. 

Dan yang selalu popular ialah penyampai berita kerana itu sahaja yang orang nampak. Mengapa apabila penyampai berita tersebut berpindah ke stesyen lain tiba-tiba populariti beliau menurun. Ini kerana pasukan baru beliau tidak sehebat pasukan lama. Akhirnya beliau pudar begitu saja.

Kita boleh terima jika kempen ini dijalankan menjelang pemilihan UMNO. Namun apabila ia dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ini merupakan sabotaj kepada parti. 

Sudah tiba masanya Mukhriz dipecat sebelum beliau merosakkan seluruh “Jentera UMNO dan Barisan Nasional.”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment