Monday, April 18, 2016
Balai Polis Dikepung SPRM... Ini Kata Khalid
Kisah balai polis Air Itam Pulau Pinang yang kononnya dikepung
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menangkap lima
anggota polis viral dalam media sosial sejak Ahad.
Ramai yang geleng kepala... tengah fikir apa nak jadi jika dua agensi kerajaan itu 'berperang'.
Rupa-rupanya benda yang disebarkan itu tidak benar, Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa Balai Polis Air Itam
dikepung SPRM seperti dilaporkan media.
Sebaliknya beliau berkata, ia merupakan prosedur biasa yang dilakukan
oleh jabatan berkenaan dan SPRM tidak mengepung balai polis tersebut.
“Cerita itu tidak benar. Balai polis itu tidak diserang atau dikepung.
“SPRM berada di sana untuk melakukan tugas mereka iaitu menyiasat dan menahan pegawai yang terlibat dengan rasuah,” katanya.
Bercakap kepada pemberita pada sidang media, Khalid berkata, tangkapan
yang dibuat oleh SPRM adalah megikut prosedur siasatan yang dijalankan
oleh Jabatan Integriti Bukit Aman dan Pematuhan Piawaian (JIPS).
Khalid menjelaskan, polis menubuhkan jabatan dalaman pada 2014 dengan
tujuan untuk memastikan semua piawaian dan peraturan dipatuhi oleh
pegawai-pegawai polis di seluruh negara.
“Malah, JIPS telah menjalankan serbuan dan tangkapan sama seperti yang
dilakukan SPRM dan polis tidak akan membenarkan mana-mana pegawainya
terlibat dalam salah laku rasuah.
“Kita tidak akan berkompromi dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menyiasat sebarang salah laku,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai penemuan bom di sebuah kondominium di
Damansara semalam, suspek yang terbabit merupakan warga tempatan yang
terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan aktiviti berkaitan jenayah dan
bukannya keganasan.
“Kami percaya suspek tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan aktiviti pengganas atau Militan Islan (IS).
Dalam pada itu, Khalid berkata, siasatan terhadap syarikat pelaburan
strategik milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah
suatu perkara baru sebaliknya, ia adalah kesinambungan penyiasatan
sebelum ini.
Katanya, butiran siasatan itu juga tidak akan diumumkan.
“Kita menyiasat. Apabila ia dilakukan, kami akan mengemukannya kepada peguam negara,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment