Monday, April 18, 2016

Balai Polis Dikepung SPRM... Ini Kata Khalid

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/Khalid-Abu-Bakar_sprm_5001.jpg
Kisah balai polis Air Itam Pulau Pinang yang kononnya dikepung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menangkap lima anggota polis viral dalam media sosial sejak Ahad.

Ramai yang geleng kepala... tengah fikir apa nak jadi jika dua agensi kerajaan itu 'berperang'.

Rupa-rupanya benda yang disebarkan itu tidak benar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa Balai Polis Air Itam dikepung SPRM seperti dilaporkan media.

Sebaliknya beliau berkata, ia merupakan prosedur biasa yang dilakukan oleh jabatan berkenaan dan SPRM tidak mengepung balai polis tersebut.

“Cerita itu tidak benar. Balai polis itu tidak diserang atau dikepung.

“SPRM berada di sana untuk melakukan tugas mereka iaitu menyiasat dan menahan pegawai yang terlibat dengan rasuah,” katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media, Khalid berkata, tangkapan yang dibuat oleh SPRM adalah megikut prosedur siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti Bukit Aman dan Pematuhan Piawaian (JIPS).

Khalid menjelaskan, polis menubuhkan jabatan dalaman pada 2014 dengan tujuan untuk memastikan semua piawaian dan peraturan dipatuhi oleh pegawai-pegawai polis di seluruh negara.

“Malah, JIPS telah menjalankan serbuan dan tangkapan sama seperti yang dilakukan SPRM dan polis tidak akan membenarkan mana-mana pegawainya terlibat dalam salah laku rasuah.

“Kita tidak akan berkompromi dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menyiasat sebarang salah laku,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai penemuan bom di sebuah kondominium di Damansara semalam, suspek yang terbabit merupakan warga tempatan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan aktiviti berkaitan jenayah dan bukannya keganasan.

“Kami percaya suspek tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan aktiviti pengganas atau Militan Islan (IS).

Dalam pada itu, Khalid berkata, siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah suatu perkara baru sebaliknya, ia adalah kesinambungan penyiasatan sebelum ini.

Katanya, butiran siasatan itu juga tidak akan diumumkan.

“Kita menyiasat. Apabila ia dilakukan, kami akan mengemukannya kepada peguam negara,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment