Fenomena penonton memeluk Islam dalam ceramah Dr Zakir Naik kini begitu
mengujakan kita. Semalam empat lagi individu memeluk Islam ketika
syarahan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit
Jalil.
Individu pertama mengucapkan kalimah itu ialah seorang lelaki dari
Punjab India, Hurender Bal Singh tepat jam 12 tengah malam tadi.
Manakala seorang lagi adalah wanita yang merupakan penganut Roman
Katolik pada awalnya.
“Saya mahu mengucapkan syahadah,” katanya kepada Zakir sebelum wanita itu dibimbing mengucapkan kalimah tersebut.
Sejurus mengucapkan syahadah pada pukul 12.05 tengah malam, beliau
kelihatan berpelukan dengan beberapa orang di sebelahnya dan terus
dibawa pergi dari situ.
Individu ketiga mengucapkan pengakuan menyertai Islam ialah seorang
wanita pada jam 1.37 pagi. Sejurus selepas itu beliau dibawa pergi oleh
penganjur.
Manakala syahadah keempat diucapkan oleh Joel Anak Along pada jam 2.03
pagi. Katanya sebelum ini beliau telah mendalami Islam di Hidayah
center.
Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang bagi mendengar ceramah Dr Zakir
yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013. Kehadiran pengunjung pada awal
malam diuji dengan keadaan hujan lebat.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan
tepukan gemuruh pengunjung yang hadir. Syarahan itu tamat pada jam 2.45
pagi.
Sebelum ini P Ramasamy yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang II di facebook mengelarkan Dr Zakir Naik sebagai setan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN




No comments:
Post a Comment