Tuesday, April 05, 2016

Isu Taman Manggis : 3 Syarikat Masuk Tender Meragukan

http://m.utusan.com.my/polopoly_fs/UTUSAN.image.11995802!image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_240/image.jpg
Sebelum peralihan kuasa kerajaan negeri bertukar kepada kerajaan DAP, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengkhaskan tanah Taman Manggis untuk dibangunkan rumah kos rendah fasa kedua apabila rumah kos rendah fasa pertama yang berada di bersebelahan tanah tersebut telah siap dibina pada tahun 2007.

Namun begitu, disebabkan kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu mengaut keuntungan dan mengamal kronisme dalam parti, kerajaan negeri telah menjual tanah terbabit kepada sebuah syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Oleh disebabkan pembelian tanah terbabit diragui, banyak pihak mendesak untuk mengetahui sama ada tanah tersebut dijual 'on direct' kepada pemaju, atapun telah dijual dalam 'tender terbuka' oleh kerajaan negeri.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kini pandai memutar belitkan bagi mempertahankan diri berhubung skandal Taman Manggis berkata, penjualan tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka dan cara penjualan tanah tersebut telah mendapat pujian daripada International Transparency.

Selain itu, Guan Eng turut memaklumkan bahawa syarikat yang menyertai dalam tender tanah Taman Manggis ini telah memenuhi syarat ketat yang ditetapkan, selain memiliki pengalaman luas dalam menguruskan pusat perubatan pakar.

Walaupun Guan Eng telah memaklumkan penjualan tanah tersebut dibuat melalui tender terbuka oleh kerajaan negeri, namun senarai syarikat yang menyertai tender tersebut yang dinyatakan Guan Eng itu amat meragukan.

Ini kerana status ketiga-tiga syarikat yang membida tanah Taman Manggis kini sudah bertukar status 'bubar, gulung tikar dan ditutup'... Status ini sekaligus menyangkal dakwaan Guan Eng bahawa syarikat yang menyertai tender ini mempunyai pengalaman luas dan memenuhi syarat ketat yang ditetapkan.

Status 3 syarikat ini iaitu United Overseas Empire Sdn Bhd (UOE), GM HealthCare Sdn Bhd (GMHC) dan Ranting Setia Sdn Bhd (Ranting Setia) telah didedahkan oleh Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang disertakan dokumen lengkap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Tiada sebarang perolehan pada tahun kewangan 2010 dan tidak pernah lagi mengemukakan penyata kewangan kepada SSM dalam tempoh enam tahun, dan status syarikat itu kini dikategorikan sebagai bubar.

"Syarikat GMHC pula diisytiharkatn muflis sejak Jun 2009 dengan nilai aset negatif, serta tidak lagi mengemukakan penyata kewangan selama tempoh enam tahun sejak 2010. Penerima syarikat ini dilantik pada 2011 dan ia kini disenaraikan sebagai sudah gulung tikar.

"Syarikat Ranting Setia pula kini dalam status dorman (tidak aktif) dan didakwa tidak pernah mengemukakan penyata kewangan kepada SSM sejak tujuh tahun lalu, malah penyata kewangan terakhir dikemukakan adalah tahun 2008 dan status syarikat itu kini ditutup," kata Huan.

Pendedahan yang dibuat oleh Naib Pengerusi PCM ini jelas membuktikan Guan Eng sekali kantoi, apabila cuba menipu rakyat dengan mengatakan penjualan tanah tersebut telah dijual melalui cara betul... Sedangkan penjualan tersebut telah dirancang bagi dijual kepada syarikat KLIDC yang mempunyai hubung kait dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment