KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menyatakan pendirian beliau bahawa beliau tidak akan bersama dengan
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri jelajah
Selamatkan Malaysia. Pendirian itu dinyatakan beliau kepada wartawan
apabila ditanya samada beliau akan menyertai barisan kepimpinan
pembangkang bersama Mahathir dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Ia ekoran siri jelajah tersebut disertai gabungan kumpulan anti Najib termasuklah wakil rakyat pembangkang.
"Buat masa sekarang tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika
ditanya samaada beliau bersedia untuk bersama Dr Mahathir dalam siri
jelajah Selamatkan Malaysia.
Mahathir pada 29 Mac lalu telah menyertai jelajah pertama Himpunan
Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah.
Himpunan turut disertai pemimpin PKR, AMANAH, DAP dan pimpinan UMNO yang menentang Perdana Menteri tanpa Ketua Pembangkang itu.
Sebelum ini, Mahathir menyatakan hasratnya secara terbuka untuk bertemu
dengan Wan Azizah bagi membincangkan cara untuk menjatuhkan Najib.
Walau bagaimanapun, pelawaan Mahathir masih belum mendapat apa-apa maklum balas Wan Azizah sehingga kini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment