“Saya ahli UMNO, saya mesti sokong Presiden saya. Kalau saya tidak
sokong Presiden saya kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila
hendak memilih nanti, ” kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah.
Sekaligus menafikan dakwaan bahawa beliau menyokong usaha bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menyingkirkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia, Tengku Razaleigh yang
lebih dikenali sebagai Ku Li beliau ahli UMNO ‘wajib’ menyokong
kepemimpinan parti itu.
“Saya ahli UMNO, saya mesti sokong apa yang ada dalam UMNO dan kebetulan
UMNO berkuasa, siapa yang jadi Presiden dan Perdana Menteri itulah
orang kita,” katanya.
Sebelum ini Dr Mahathir mendakwa bekas Menteri Kewangan itu berpaling
tadah apabila menandatangani sokongan kepada Perdana Menteri.
Mengulas mengenai dakwaan itu, Ku Li menafikan bahawa beliau ‘bersama’ Mahathir dalam gerakan menjatuhkan Najib.
Sebaliknya beliau mengakui ada berjumpa bekas Perdana Menteri itu untuk
mengetahui hala tujunya dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri
dan turut menegaskan kepada Dr Mahathir bahawa Najib dipilih secara
demokratik.
“Tak ada, bila masa pula saya bersama Mahathir. Saya hadir dengan
fahaman bahawa saya protes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
dan Matthias Chang. Kebetulan Chang adalah peguam saya dulu.
“Itu cara dialah. Saya hormat Mahathir. Dia nak cari kekuatan. Saya
pergi jumpa dia. Saya kata ke mana Tun hendak pergi. Dia kata sehingga
Najib diturunkan daripada jawatan itu.
“Saya kata Najib dipilih menerusi pilihan raya secara demokratik. Parti
dia menang dan kerana dia mempunyai bilangan kerusi yang banyak dalam
kalangan dia di Dewan Rakyat, maka Yang di-Pertuan Agong melantik dia
sebagai Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment