Permusuhan antara dua buah keluarga elit di negara ini, keluarga Tun Dr
Mahathir dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan lagi satu rahsia.
Kedua-dua keluarga ini sudah bermusuhan sejak dari tahun 1997 apabila
Tun Dr Mahathir menggugurkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
tanpa memberikan alasan penggugurannya pada waktu itu.
Sejak dari situlah, permusuhan antara dua keluarga ini semakin membesar
sehingga ada ketikanya, baik Datin Seri Wan Azizah mahupun Nurul Izzah
menempelak Tun M sebagai seorang yang kemaruk kuasa dan maha zalim. Itu
semua cerita lama dan terkini, dipenghujung usia Tun M, beliau dilihat
mahu menjernihkan hubungan keluarga beliau dengan keluarga Anwar.
Persoalannya, adakah Datin Seri Wan Azizah begitu mudah untuk memaafkan Tun M diatas semua tindak tanduk beliau semasa berkuasa?
Dari apa yang diperhatikan sejak Tun M mengubah haluan politiknya, Wan
Azizah tidak dilihat bersama-sama Tun M dalam tiga acara besar. Kelibat
Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak dilihat semasa majlis menandatangani
Deklarasi Rakyat yang diadakan di Dewan Alumni, Universiti Malaya bulan
lalu.
Walaupun dikhabarkan, beliau turut menandatangani Deklarasi berkenaan,
namun kelibat beliau tidak kelihatan dalam majlis berkenaan. Kali kedua,
beliau dilihat enggan hadir semasa perhimpunan Pentas Selamatkan
Malaysia di Padang MPAJ, Isnin lalu. Baik kelibat Wan Azizah mahupun
Nurul Izzah, kedua-dua mereka seperti enggan hadir di pentas yang sama
dengan Tun M.
Kali terakhir, Wan Azizah dan Nurul Izzah dilihat pulang awal dari
perhimpunan Bantah GST sebelum kehadiran Tun M di Dataran Merdeka. Jelas
disini menampakkan, keluarga ANwar masih enggan berlembut dan memaafkan
Tun M walaupun Tun M dilihat begitu bersungguh-sungguh membuktikan
beliau kini adalah wakil pembangkang di Malaysia.
Ini ditambah lagi dengan ketaksuban para penyokong pembangkang sendiri
yang melihat Tun M seperti penyelamat mereka dalam usaha mereka
menumbangkan kerajaan. Ini menambah lagi kemarahan keluarga Anwar yang
dilihat semakin disisihkan oleh penyokong mereka sendiri disaat Tun M
semakin melebarkan sayapnya didalam pembangkang.
Untuk melihat mereka bergabung dalam Pakatan Harapan, adalah sesuatu
yang amat mustahil buat masa ini. Namun, politik sentiasa amat sukar
dijangka. Pelbagai perkara mungkin berlaku andai Tun M masih bernyawa
dan bertenaga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN


No comments:
Post a Comment