PETALING JAYA : Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk
mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) susulan serbuan yang dilakukan ketika acara mengumpul dana bagi
komuniti transgender.
"Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya.
"Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat
dalam insiden itu," katanya kepada media pada Selasa.
Dilaporkan kira-kira 10 pegawai JAWI hadir pada majlis berkenaan yang
berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad pada pukul 10 malam.
Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star's Golden Hears tahun lalu
berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan
mereka umpama banduan.
Beliau turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Penganjur majlis berkenaan yang dikenali sebagai Ira ditahan JAWI dan dibebaskan pada hari berikutnya.
"Ada beberapa isu yang perlu diketengahkan termasuk prosedur penahanan
dan menyerbu ruang majlis yang tidak dipatuhi pihak berkuasa agama itu,"
katanya.
Menurut Siti Zabedah lagi, pegawai JAWI memberitahu bahawa Ira akan
didakwa pada 5 Mei ini kerana mengingkari arahan pihak berkuasa agama
dan menggalakkan maksiat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah Persekutuan 1997.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment