Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menerima cabaran
daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim untuk berdebat
mengenai bola sepak Malaysia.
“Ya, ok,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia-100 Plus 2015.
Ditanya sama ada beliau percaya debat itu merupakan langkah yang baik,
Khairy berkata “Saya tak tahu sama ada ia bagus atau tidak, tapi ia
sesuatu yang perlu dilakukan, kan?
“Kalau tidak nanti orang kata kita tak nak bersemukalah, whatever.
“Dia boleh menyuarakan pendapat dan semua orang lain boleh menyuarakan pendapat mereka. Selesai,” katanya.
Tunku Ismail semalam mencabar Khairy untuk berdebat mengenai keadaan semasa bola sepak Malaysia.
Selain Khairy, Tunku Ismail juga melahirkan harapan bahawa perbahasan
itu akan disertai oleh Jurulatih Negara Datuk Ong Kim Swee, Pengarah
Program Pembangunan Bola Sepak Negara Lim Tong Kim dan Presiden
Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment