Monday, April 18, 2016

Kita Rakyat Malaysia Pun Tak Tahu Siapa Dia Ini..... Duta Itali Tak Tahu Siapa Noordin...

Betul-betul low profile...Datuk Dr. Noordin Ahmad, yang menjadi Ketua Eksekutif FC Bari 1908 selepas membeli 50 peratus saham kelab tersebut baru-baru ini, masih lagi diselubungi misteri sehingga mencetuskan perbagai persoalan dan persepsi oleh penyokong kelab dari selatan Itali itu.

Menurut portal berita Bari Repubblica, Duta Itali di Kuala Lumpur, Mario Sammartino memberitahu, tiada kerajaan dari Asia Tenggara yang berminat untuk melabur di Apulia.

Malah, rakan kongsi baharu Presiden Bari, Gianluca Paparesta itu juga enggan membuka mulut ketika diminta bercakap mengenai syarikatnya.

“Noordin tidak datang ke kedutaan (Malaysia di Itali) untuk memberitahu tujuannya ke sini dan saya tidak tahu. Jika tidak, mungkin saya boleh bertemunya dalam mana-mana majlis rasmi.

“Pelaburan Malaysia yang paling penting di Itali bermula sejak beberapa tahun yang lalu melibatkan pengambilalihan Selenia (produk minyak pelincir dan minyak enjin) dari kumpulan Petronas.

“Buat masa ini, saya tidak pula tahu apa-apa tentang pelaburan yang dirancang oleh Malaysia di Itali,” katanya.

Noordin, dalam sidang akhbarnya selepas memetrai perjanjian pembelian saham tersebut, mendedahkan perancangannya untuk menubuhkan akademi bola sepak Bari di Malaysia, seterusnya memberi peluang kepada bakat muda di negara ini untuk menjadi pemain profesional.

Bari kini berada di tempat ketiga Serie B dengan 60 mata selepas 36 perlawanan, berada di laluan yang betul untuk mara ke playoff bagi membolehkannya ke Serie A musim depan.

Kelab itu paling diingati apabila mereka mencipta rekod pembelian termahal ke atas pemain dari Britain apabila membeli bintang tengah England, David Platt dengan harga 5.5 juta pound (RM24.1 juta) daripada Aston Villa pada 1991.

Portal-portal berita Itali melaporkan ahli perniagaan dari Malaysia itu menjadi pemegang saham majoriti Bari selepas membeli 50 peratus saham dengan nilai 12 juta euro (RM52.59 juta) daripada Paparesta, yang sebelumnya adalah pemilik 95 peratus kepentingan kelab. Baki lima peratus saham adalah milik Cosmos Giancaspro.

Akhbar melaporkan rakan baik Noordin iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata ahli perniagaan itu dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi dan mereka berdua akan mendedahkan ‘perancangan besar’ antara mereka kepada pihak media.

Noordin, berumur 59 tahun dan berasal dari Manjung, Perak, merupakan sahabat Annuar.

“Kami rakan sejak 1972. Kami rakan sekelas di Maktab Tentera Diraja dan bermain ragbi bersama,” kata ahli parlimen Ketereh itu.

Menurut Annuar, Noordin mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak dan gas, pendidikan, penerbangan dan penstrukturan semula korporat selama 33 tahun.

Beliau juga mendedahkan bahawa mereka berdua mempunyai rancangan besar susulan persetujuan dengan FC Bari.

“Sebelum beliau membuat keputusan membeli kelab itu, beliau memang ada berbincang. Tapi soal rancangan yang bakal dilakukan selepas ini, tunggu pengumuman rasmi,” katanya."tambahnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment