KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali
Ibrahim percaya lagi banyak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
berdolak dalih akan lagi banyak tembelang yang akan terdedah berhubung
isu pembelian rumah banglo dan tanah PPRT Taman Manggis.
Justeru beliau menyarankan agar Guan Eng berhenti dari banyak
bercakap sebaliknya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan.
“Lagi banyak mereka buat kenyataan, lagi banyak Guan Eng bercakap
maka lagi banyak tembelang yang akan terdedah, kini kita dengar pula
cerita PERDA dan sebagainya.
“Banyak
membuat kenyataan seolah-oleh menunjukkan mereka cuba lari dari cerita
sebenar. Mereka sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM,”
ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar.
Tambah beliau lagi , jika sebelum ini mereka (Dap) boleh membuat
laporan kepada SPRM jika mereka rasa ada salah laku berlaku di kalangan
anggota UMNO dan BN, tetapi bila kena di batang hidung mereka sendiri,
kenapa mereka buat kenyataan bermacam-macam di luar.
“Jumpa SPRM dan kongsilah apa juga maklumat, jika benda tu tak betul,
serahkan kepada SPRM tetapi apa yang berlaku sekarang, semacam ada
perkara yang nak disembunyikan.
“Jadi, biarlah badan yang bertanggungjawab untuk menyiasat, mereka patut beri bekerjasama dan bukannya lari”, katanya.
Jelasnya jika Guan Eng yakin tidak bersalah dia sepatutnya segera
berjumpa SPRM bukan menunggu SPRM memanggilnya untuk melakukan siasatan.
“SPRM akan mengambil kenyataan bila tiba waktu, tetapi kalau dia nak
datang jumpa sekarang pun boleh bagi. Tetapi mengelak-mengelak seperti
ini tidak akan menyelesaikan masalah.
“Saya pasti SPRM akan jalankan tugas dengan dedikasi dan profesional
dalam soal ini. Ini bulan soal persepsi ataupun siapa yang dapat
menguasai media sosial dalam kes berkaitan banglo Ketua Menteri Pulau
Pinang itu,” tambahnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment