Wednesday, April 06, 2016

MB Perak Kesal Harga 'Seafood' Mahal di Pulau Pangkor

Tidak dapat dinafikan Pulau Pangkor yang semakin popular dikalangan pelancung dalam dan luar negeri kini berdepan masalah sikap sebahagian kecil pengusaha makanan sea food.

Mereka yang terlibat didalam indastri ini nampaknya tidak mempedulikan perasaan orang ramai sebaliknya mengenakan harga makanan siap dimasak di kedai-kedai atau gerai mereka mengikut selera mereka.

Hinggakan terdapat beberapa ketika harga yang dikenakan kepada pelanggan mereka jauh dari harga yang berpatutan. Sebab itu terdapat aduan dari orang ramai harga barang makanan di Pulau Pangkor “cekik darah.”

Ironinya hal ini bukan baru malah Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir telah beberapa kali menyuarakan kekeciwaan serta rasa bimbang. Jika dibiarkan dan tidak dikawal, ia akan mengelak pelancung dari terus singgah ke Pulau Pangkor.

Terbaru seorang pelancung yang tidak tahan dengan kerenah gerai sea food berkenaan meluahkan kekecewaan didalam media dan dipetik oleh sebuah surat khabar harian. Ia kemudian menjadi viral sehingga menarik perhatian Dr.Zambry.

Jika difikir sepintas lalu tentu sekali berita utama oleh akhbar berkenaan menjejaskan imej Dr.Zambry selaku ADUN Pangkor dan Menteri Besar, seolah-olah gagal mengawal harga barang-barang makanan di pulau peranginan paling popular di sebelah sini selepas Pulau Langkawi.

Hakikatnya bukan beliau yang salah. Harga makanan terutama makanan laut oleh restoren atau gerai ditentukan pengusahanya. Bagi mereka amaran hanya didengar tetapi lebih penting mengaut keuntungan lebih-lebih lagi pada ketika ekonomi negara berada pada kedudukan tidak positif.

Soalnya mengapa pihak Majlis Daerah Manjung terlepas pandang? Begitu juga apa yang dibuat oleh Pegawai Daerah berkenaan yang tidak turun padang meninjau harga barangan makanan laut.?

Untuk rekod, pembaca dikenali Abang Zali dalam aduannya berkata, beliau tidak puas hati kerana dikenakan harga yang mahal ketika makan di Teluk Nipah, di Pulau Pangkor, baru-baru ini.

Katanya harga makanan laut di pulau tersebut sepatutnya tidak mahal kerana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa banyak hasil laut boleh diperoleh daripada nelayan di sekitar pulau berkenaan.

Menurut pengadu lagi dalam kejadian itu dia dan tiga rakannya menjamu selera di sebuah kedai makanan laut dan dikenakan bayaran lebih RM400 untuk makanan seperti ikan siakap, ikan pari, sotong, udang, telur, sayur kailan dan tomyam.

Mengulas isu ini, Dr. Zambry meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir peniaga makanan laut di Pulau Pangkor yang masih mengenakan harga makanan laut yang tidak munasabah sehingga boleh menjejaskan imej pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka.

Katanya sudah beberapa kali beliau mengingatkan para peniaga gerai termasuk di sekitar Teluk Nipah supaya sentiasa bertimbang rasa dengan mengenakan harga yang berpatutan.

"Jangan memikirkan kesan jangka pendek. Jadikan ini sebagai pengajaran. Usah terlalu menuding jari kepada pihak lain, belajarlah mendengar (dan) perbaiki kelemahan,'' katanya dalam laman Instagramnya.

Komen Dr.Zambry turut dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi yang berkata, kerajaan negeri memandang serius hal ini.Jika dibiarkan berterusan, dibimbangi boleh menyebabkan kedatangan pelancong merosot.

Katanya peniaga berkenaan sepatutnya memahami, jika mereka menaikkan harga makanan laut tinggi, lama kelamaan pengunjung tidak mahu datang lagi ke Pulau Pangkor.

“Jadi, mereka perlu memainkan peranan untuk memastikan harga makanan laut yang ditawarkan adalah berpatutan,’’ katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment