Angka RM 13.8 billion yang dibelanjakan rakyat Malaysia untuk Proton
sejak 1983, terbukti satu pelaburan yang sia-sia apabila diakhirnya
rakyat masih perlu membeli kereta pada harga semasa tanpa ada sedikit
pengurangan pun.
Tapi itu isunya lain, isunya sekarang kegagalan Proton menjadi satu
entiti yang menguntungkan rakyat dan kerajaan setelah sekian lama,
membuktikan campur tangan Mahathir tidak membawa apa-apa melainkan
kegagalan sahaja.
Kita percaya kalau rancangan Mahathir melantik seorang Perdana Menteri
remotenya menjadi kenyataan, masalah sama akan turut berlaku cuma
mangsanya kali ini adalah rakyat - bukan setakat 60 ribu pekerja Proton
dan vendor-vendornya sahaja seperti sekarang.
Maka itu tindakan rakyat tidak bersama-sama dengan Mahathir seperti yang
ditonjolkan dalam perhimpunan bantah GST Sabtu lepas, adalah satu
tindakan yang betul. Persepsi Mahathir adalah punca kepada semua masalah
yang berlaku di Malaysia, sebenarnya betul.
Dia memang punca masalah negara kita, sebab itu bila dia takde, semuanya
jadi baik. Buktinya, hari ini umum sokong pembangkang, esok ringgit
naik, hari ini umum lepas jawatan Pengerusi Proton, saham Proton naik
dan seterusnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment