KUCHING : Pihak yang mendakwa projek pembangunan di Sarawak
termasuk Lebuhraya Pan Borneo hanya ‘janji pilihan raya’ perlu dating
untuk melihat sendiri perkembangan projek itu dan bukannya terus menabur
fitnah kepada masyarakat, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak berkata
semua projek bergerak seperti dirancang, dan ia memerlukan masa serta
pelaksanaan yang komprehensif lagi teratur.
“Datang sini, tengok dengan mata sendiri apa yang berlaku. Semua
sudah ada,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan jentera
pilihan raya PBB Zon Sri Aman di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Rohani Karim dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk
Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Abang Johari atau dikenali ramai di sini dengan ‘Abang Jo’ berkata
demikian semasa diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang kononnya
segala projek pembangunan di Bumi Kenyalang ini hanya retorik.
Sementara itu beliau berkata BN Sarawak yang telah selesai menamakan
82 calon untuk pilihan raya negeri semalam, komited untuk meneruskan
pembangunan yang dirancang menerusi Manifesto BN yang akan dilancarkan
Pengerusi BN negeri Tan Sri Adenan Satem pada 26 April ini.
“Tengoklah manifesto itu nanti dan buatlah penilaian sendiri,” kata Abang Johari.
Mengenai majlis hari ini, Abang Johari berkata jentera parti akan
bekerja keras bagi menjayakan kemenangan mutlak BN melalui segala
persediaan yang telah siap dirancang sebelum ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment