KOTA SAMARAHAN : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
memastikan semua aspek keselamatan bagi memastikan kelancaran serta
keselamatan orang ramai sepanjang proses Pilihan Raya Negeri ke-11 di
Sarawak yang akan bermula selepas penamaan calon Isnin depan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata
polis negeri telah membuat persiapan untuk menghadapi PRN-11 sejak
Februari lepas, dan akan turut dibantu oleh 4,800 anggota polis dari
Semenanjung dan Sabah.
Selain itu, 1,400 pelatih Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia
(Pulapol) Kuching juga akan turut sama membantu sepanjang proses pilihan
raya nanti, katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jantung
Hospital Umum Sarawak di sini hari ini.
“Semua 10 jabatan dalam PDRM akan terlibat semasa PRN-11 nanti,
sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan mengadakan Op Cantas
untuk mengesan sebarang kegiatan gangsterism.
Sementara Unit Tindakan Khas (UTK), Unit Forensik serta beberapa
pasukan lagi akan turut sama terlibat membantu kita sepanjang PRN-11,”
katanya.
Menyenyentuh mengenai permohonan permit ceramah sepanjang kempen
pilihan raya nanti, Muhammad Sabtu berkata sebaik proses penamaan calon
selesai polis dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan
memanggil calon-calon terlibat bagi memberi penerangan terperinci
mengenai perkara itu.
Beliau berkata pusat media akan dibuka di Ibu pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Sarawak di Jalan Badruddin, Kuching yang dijangka beroperasi
Jumaat ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment