Wednesday, April 06, 2016

Parah... Parah Ni.... Apa Macam Guan Eng? Ini Dokumen Dakwa KLIDC Jual Tanah Taman Manggis Untung RM59 Juta

Makin panas…Bila Datuk Abdul Rahman Dahlan dakwa di sidang Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu ada bukti tanah Taman Manggis sudah dijual oleh  Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) kepada pihak ketiga dengan ‘untung besar’ ,beliau bukan cakap kosong.

Ingat balik…selepas itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nafi tanah yang kontrovesial itu telah dijual oleh KLIDC kepada pihak ketiga .

Selasa…dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya,Pengarah Strategik Barisan Nasional itu dedah apa yang didakwanya dokumen jual beli itu.

Hadir bersama beliau Setiausaha Agung parti Gerakan,Datuk Liang Teck Meng.

Rahman kata dokumen jual beli itu dan pelbagai dokumen berkaitan akan diserahkan kepada pihak SPRM dan polis hari ini untuk kemudahan mereka jalankan siasatan.

Ia melibatkan penjualan saham dua syarikat yang berkait yakni KLIDC  RM 18,643,628 dan Victoria International Medical Center Berhad (VMC)  RM52,000,000 yang berjumlah RM70,643,628.

Tauke pemilik majoriti KLIDC juga adalah pemilik majoriti VMC.

VMC diwujudkan pada September 2010 yakni  dua bulan selepas KLIDC dapat tanah Taman Manggis.

Ikut dokumen jual beli,VMC ada ikat perjanjian dengan KLIDC untuk bangunkan tanah itu.

KLIDC menang bida tanah Taman Manggis dari kerajaan DAP Pulau Pinang pada 6 Jun, 2010 pada harga RM11,552,208

Rahman menjelaskan pasal Guan Eng menafikan berlaku juala tanah oleh KLIDC kepada pihak ketiga.

Katanya penjualan saham KLIDC  beri kesan kepada tanah.

Dalam bahasa mudah…KLIDC adalah pemilik tanah Taman Manggis dan bila pemegang saham KLIDC bertukar kepada orang lain maka ia bererti pemilikan tanah juga bertukar.

Menurut Rahman bila dikira harga asal tanah Taman Manggis dengan jualan saham dua syarikat berkenaan…jangkaan untungnya ialah RM59 juta.

Katanya ikut piawaian sebarang penjualan atau tukar milik syarikat yang dianugerah projek oleh kerajaan perlu maklum dan dapat kelulusan dulu.

Beliau bertanya apakah kerajaan negeri dimaklumkan mengenai penjualan saham syarikat itu dan beri kelulusan.

Jika betul dakwaan itu memang ini satu perkembangan mengejutkan.

Bayangkan syarikat itu dapat tanah pada harga RM11 juta…dijual pada harga RM70 juta.

Ini bermakna sudah untung atas angin RM59 juta.

Sedangkan tanah Taman Manggis itu dikatakan telah dicadangkan oleh kerajaan BN Pulau Pinang dulu untuk pembinaan rumah pangsa PPR untuk orang miskin atau kuarter kakitangan kerajaan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment