Makin panas…Bila Datuk Abdul Rahman Dahlan dakwa di sidang Dewan Rakyat
pada 23 Mac lalu ada bukti tanah Taman Manggis sudah dijual oleh Kuala
Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) kepada pihak ketiga
dengan ‘untung besar’ ,beliau bukan cakap kosong.
Ingat balik…selepas itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nafi
tanah yang kontrovesial itu telah dijual oleh KLIDC kepada pihak ketiga .
Selasa…dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya,Pengarah Strategik
Barisan Nasional itu dedah apa yang didakwanya dokumen jual beli itu.
Hadir bersama beliau Setiausaha Agung parti Gerakan,Datuk Liang Teck Meng.
Rahman kata dokumen jual beli itu dan pelbagai dokumen berkaitan akan
diserahkan kepada pihak SPRM dan polis hari ini untuk kemudahan mereka
jalankan siasatan.
Ia melibatkan penjualan saham dua syarikat yang berkait yakni KLIDC RM
18,643,628 dan Victoria International Medical Center Berhad (VMC)
RM52,000,000 yang berjumlah RM70,643,628.
Tauke pemilik majoriti KLIDC juga adalah pemilik majoriti VMC.
VMC diwujudkan pada September 2010 yakni dua bulan selepas KLIDC dapat tanah Taman Manggis.
Ikut dokumen jual beli,VMC ada ikat perjanjian dengan KLIDC untuk bangunkan tanah itu.
KLIDC menang bida tanah Taman Manggis dari kerajaan DAP Pulau Pinang pada 6 Jun, 2010 pada harga RM11,552,208
Rahman menjelaskan pasal Guan Eng menafikan berlaku juala tanah oleh KLIDC kepada pihak ketiga.
Katanya penjualan saham KLIDC beri kesan kepada tanah.
Dalam bahasa mudah…KLIDC adalah pemilik tanah Taman Manggis dan bila
pemegang saham KLIDC bertukar kepada orang lain maka ia bererti
pemilikan tanah juga bertukar.
Menurut Rahman bila dikira harga asal tanah Taman Manggis dengan jualan
saham dua syarikat berkenaan…jangkaan untungnya ialah RM59 juta.
Katanya ikut piawaian sebarang penjualan atau tukar milik syarikat yang
dianugerah projek oleh kerajaan perlu maklum dan dapat kelulusan dulu.
Beliau bertanya apakah kerajaan negeri dimaklumkan mengenai penjualan saham syarikat itu dan beri kelulusan.
Jika betul dakwaan itu memang ini satu perkembangan mengejutkan.
Bayangkan syarikat itu dapat tanah pada harga RM11 juta…dijual pada harga RM70 juta.
Ini bermakna sudah untung atas angin RM59 juta.
Sedangkan tanah Taman Manggis itu dikatakan telah dicadangkan oleh
kerajaan BN Pulau Pinang dulu untuk pembinaan rumah pangsa PPR untuk
orang miskin atau kuarter kakitangan kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment