Datuk Abdul Rahman Dahlan menemplak Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana
tuduhnya diselamatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dan polis apabila debat diantara dirinya dengan Lim Guan Eng perlu
dibatalkan.
Sindir Abdul Rahman pembatalan debat mengenai dua isu hartanah - tanah
Taman Manggis dan banglo ' murah' di Pulau Pinang sebenarnya
mendatangkan lebih kebaikan buat anak Kit Siang yang juga Ketua Menteri
Pulau Pinang itu.
“Pembatalan ini adalah lebih baik buat anak anda. Bagi mengelakkan
beliau dari mengakibatkan prejudis dan menunjukkan kesalahan sendiri,”
katanya menerusi akaun twitternya pada Ahad.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan berkata demikian bagi membalas twitter Kit Siang.
Otai DAP menyindir Abdul Rahman seolah-olah cakap lebih tapi tidak ada keberanian dan bukti yang sah.
“Kasihan Rahman – terpaksa diselamatkan oleh SPRM/IGP (Ketua Polis
Negara) dari debat bersama Guan Eng, yang akan membuktikan ‘tong kosong
bunyinya sahaja kuat,” kata Kit Siang di twitter.
Pada Jumaat malam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa
stesen televisyen supaya menghentikan debat secara siaran langsung
sehingga kes berkenaan selesai.
SPRM turut menggesa kedua-dua Abdul Rahman dan Guan Eng tidak meneruskan
debat, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat dan bukti kepada pihak
berkuasa.
TV3 mengesahkan debat tersebut ditunda. Tarikh baharu berhubung debat itu akan diumumkan kemudian.
Abdul Rahman menyuarakan kekecewaannya mengenai pembatalan itu dan
menyifatkan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang “dikesali”.
Guan Eng masih berharap debat diadakan secara langsung, sambil menambah bahawa keputusan pembatalan itu sebagai “tidak adil”.
Terdahulu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk mengadakan debat secara
umum mengenai dua isu hartanah di Pulau Pinang selepas beliau mendakwa
mempunyai bukti baharu membabitkan ketua menteri itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment