Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan usaha
mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dari kerusi Perdana Menteri
meskipun sedar usaha tersebut amat mustahil untuk dilakukan tanpa izin
Allah.
Biarpun beliau sepatutnya malu dengan pendedahan Menteri Luar Arab Saudi
berkenaan dana politik bernilai tinggi kepada Najib, namun beliau tetap
juga bersikap kebudak-budakan, mengada-ngada meminta ‘bukti’ seolah
tidak cukup dengan pengakuan Kerajaan Arab Saudi itu.
Saya yakin, Mahathir tidak akan mengalah hingga ke akhir hayatnya.
Jika tidak, beliau akan malu pada rakyat Malaysia kerana tewas pada
Najib yang merupakan anak didiknya. Jadi, walau apa cara sekali pun,
walau perlu fitnah dan jaja cerita palsu, beliau tetap tidak akan
berganjak…
Tempohari, Mahathir ada menyebut tentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, bekas Timbalannya itu tidak sesuai untuk menjadi Perdana
Menteri kerana faktor umurnya yang terlalu tua. Anwar sekarang berumur
74 tahun dan hanya berpeluang untuk jadi Perdana Menteri pada umur lebih
dari 80 tahun.
Saya setuju dengan kenyataan Mahathir itu. Anwar kini merengkok dalam
penjara dan akan dibebaskan beberapa tahun lagi. Selepas itu, Anwar
perlu harungi tempoh beberapa tahun lagi untuk dibenarkan bertanding
sebagai calon pilihan raya.Ketika peluang itu hadir, Anwar dijangka
berumur lebih 80 tahun. Sudmuhyidinyassinah agak tua…
Salah seorang ‘ayam tambatan’ Mahathir ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umur beliau kini 69 tahun. Umur tersebut adalah jauh lebih tua dari anak
Mahathir sendiri, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang kini dianggarkan
berumur 52 tahun.
Pada pandangan saya, jika benar Allah izinkan Najib dijatuhkan pada
pemilihan agung UMNO pada tahun 2018, dan Muhyiddin menang merebut
jawatan Presiden, maka ketika itu umur Muhyiddin adalah 71 tahun.
Mukhriz ketika itu, mungkin menjadi Timbalan Presiden berusia 54 tahun.
Jika dirujuk pada garis panduan ‘umur’ yang dikatakan Mahathir itu, maka
Muhyiddin tidak akan lama di kerusi Presiden UMNO atau Perdana Menteri.
Paling kuat pun hanya sepenggal saja. Jika Muhyiddin enggan turun, maka
beliau berkemungkinan besar akan ‘diturunkan’. Jika degil juga, mungkin
akan ada satu lagi ‘deklarasi’ ketika itu…
Pada pandangan saya, Mahathir seboleh-bolehnya mahu membuka ruang
seluas-luasnya buat Mukhriz. Lagi cepat Mukhriz naik, lagi Mahathir
suka. Mungkin jika boleh, beliau mahu menemani Mukhriz angkat sumpah
sebagai Perdana Menteri.
Mungkin itulah kehendak Mahathir sebelum ‘tutup mata’. Mungkin itulah
impian warga emas itu hingga sanggup turun ke pasar malam untuk kumpul
tandatangan mahu menjatuhkan Najib.
Namun, Mahathir mungkin lupa bahawa beliau kini bukan hanya pertaruhkan
‘laluan mudah’ buat Mukhriz. Sebaliknya, beliau sedang pertaruhkan
seluruh Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO hanya semata-mata mahu
memenuhi nafsu politiknya sebelum ‘pergi’.
Mungkin beliau lupa tentang statistik 92% DAP paling meningkat
kemenangannya di peringkat parlimen pada PRU ke-13 dulu. Bila bercakap
soal pilihan raya, ia bukan hanya babitkan populariti atau kehendak,
namun lebih kepada angka dan realiti jumlah undi.
Maka mungkin menyedari hal itulah maka DAP tidak teragak-agak turun
padang dan mengerah semua jentera serta NGO-NGO pro-DAP untuk membantu
Mahathir menjahanamkan BN dan UMNO. Mungkin Lim Guan Eng sudah
‘terbayang’ kerusi Perdana Menteri?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN


No comments:
Post a Comment