Tuesday, April 05, 2016
Selepas Melawat Tapak Perda, Bila LGE Nak Umum Projek Rumah Murah PP?
Ramai orang tak faham apa tujuan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melawat tapak tanah Perda disebalik
kontroversi dakwaan dia mendapat keuntungan peribadi (dalam bentuk
banglo diskaun) hasil penjualan tanah di Taman Manggis?
Ada bukti salah laku dalam proses penjualan tanah tersebut, serah pada SPRM, bawak media pergi melawat kawasan buat apa?
Lagipun tidak kena banyak dengan masalah
yang dia sedang hadap sekarang. Ingat, Guan Eng dituduh jual tanah
Taman Manggis untuk dapat keuntungan bagi dirinya sendiri dalam bentuk
banglo diskaun tapi dalam isu tanah Perda ni ada wujud benda yang sama
ke?
Jual bawah harga pasaran bukan isu sebab
yang nak dibuat kerajaan persekutuan di atas tanah Perda tu adalah
rumah rakyat, bukan banglo mewah.
Ada ke sesiapa dalam Perda yang dapat
keuntungan bagi pihak diri sendiri bila tanah itu dijual bawah harga
pasaran? Ini satu lagi soalan yang perlu dijawab, rasanya tak payah
jawablah, memang takde pun.
Jadi tang mana sama kes Guan Eng beli
rumah bawah harga pasaran dengan Perda jual tanah bawah harga pasaran?
Bawah pasaran atau tidak bukan isu utamanya, mendapat keuntungan untuk
diri sendiri – yang langsung tak wujud dalam isu penjualan tanah oleh
Perda itu isu sebenarnya.
Kalau nak mengalihkan perhatian rakyat
sekalipun, carilah isu yang sepadan. Kes Perda tu (kalau ada kes lah)
langsung tak sama dengan Guan Eng dituduh jual tanah Taman Manggis untuk
dapat keuntungan dalam bentuk banglo diskaun.
Yang penting sekarang bila kerajaan
Pulau Pinang nak luluskan pembinaan rumah murah di atas tapak tanah itu?
Permohonan dah lama dibuat tapi tak dilulus-lulus sampai sekarang.
Patut selesaikan yang itu dulu, bukan cakap isu yang takde kena
mengena.
Ini masalah bila dah terdesak, bukak pintu baru konon nak gasak, sekali dia yang kena tempelak...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment