Tuesday, April 05, 2016

Selepas Melawat Tapak Perda, Bila LGE Nak Umum Projek Rumah Murah PP?

9
Ramai orang tak faham apa tujuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melawat tapak tanah Perda disebalik kontroversi dakwaan dia mendapat keuntungan peribadi (dalam bentuk banglo diskaun) hasil penjualan tanah di Taman Manggis?

Ada bukti salah laku dalam proses penjualan tanah tersebut, serah pada SPRM, bawak media pergi melawat kawasan buat apa?

Lagipun tidak kena banyak dengan masalah yang dia sedang hadap sekarang.  Ingat, Guan Eng dituduh jual tanah Taman Manggis untuk dapat keuntungan bagi dirinya sendiri  dalam bentuk banglo diskaun tapi dalam isu tanah Perda ni ada wujud benda yang sama ke?

Jual bawah harga pasaran bukan isu sebab yang nak dibuat kerajaan persekutuan di atas tanah Perda tu adalah rumah rakyat, bukan banglo mewah.

Ada ke sesiapa dalam Perda yang dapat keuntungan bagi pihak diri sendiri bila tanah itu dijual bawah harga pasaran?  Ini satu lagi soalan yang perlu dijawab, rasanya tak payah jawablah, memang takde pun.

Jadi tang mana sama kes Guan Eng beli rumah bawah harga pasaran dengan Perda jual tanah bawah harga pasaran?  Bawah pasaran atau tidak bukan isu utamanya, mendapat keuntungan untuk diri sendiri – yang langsung tak wujud dalam isu penjualan tanah oleh Perda itu isu sebenarnya.

Kalau nak mengalihkan perhatian rakyat sekalipun, carilah isu yang sepadan.  Kes Perda tu (kalau ada kes lah) langsung tak sama dengan Guan Eng dituduh jual tanah Taman Manggis untuk dapat keuntungan dalam bentuk banglo diskaun.

Yang penting sekarang bila kerajaan Pulau Pinang nak luluskan pembinaan rumah murah di atas tapak tanah itu?  Permohonan dah lama dibuat tapi tak dilulus-lulus sampai sekarang.  

Patut selesaikan yang itu dulu, bukan cakap isu yang takde kena mengena.

Ini masalah bila dah terdesak, bukak pintu baru konon nak gasak, sekali dia yang kena tempelak...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment