Ada orang memandang tindakan bekas ahli
UMNO seperti Mahathir menukar pendirian dengan menyanjung media asing
pro pembangkang seperti Wall Street Journal (WSJ) hari ini, sebagai satu
isu perubahan pendirian yang biasa.
Nak sebut bahawa ini bukan perubahan pendirian yang biasa, ini adalah tindakan hipokrit yang luar biasa hebatnya.
30 tahun dulu mula cerita ni, bukan
semalam, bila peperangan Mahathir dengan media asing ini bermula.
Ironinya ialah adalah WSJ – yang kini jadi lidah rasminya, sebagai media
asing pertama yang Mahathir bawak berperang.
Bukan sikit sikit punya perang, kutuk
sampai di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu tu, dah hari ini dia
bawak berkawan pulak, guna WSJ untuk dedahkan dokumen kononnya Datuk
Seri Najib ini songlap duit dan sebagainya.
Itu yang kita kata, Mahathir ni hipkorit
besar. Dulu (bukan dulu yang lama sangat pun) kata WSJ ni jahat dan
tidak berlaku adil, tapi sekarang guna mereka untuk jatuhkan imej Najib.
Lebih dari itu, WSJ juga adalah pemula
kepada kebencian mendalam Mahathir terhadap hampir kesemua media asing.
Bila berpuluh media asing datang berjemaah di Malaysia untuk buat
liputan tentang pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, itu adalah
kemuncak kemarahan Mahathir kepada media asing.
Tidak ada tempat untuk mereka sejak dari
itu di negara ini dan antara sebab kenapa Malaysia dituduh negara yang
mengamal kebebasan media antara paling teruk di dunia adalah kerana
keputusan ini.
Sehinggalah Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi mengambil alih, barulah sekatan-sekatan yang Mahathir bentuk
dulu, dilonggarkan semula.
Jadi nilai semula, adakah tindakan
Mahathir menggunakan Amedia asing seperti WSJ dan ABC News hari ini
adalah satu ‘perubahan pendirian’ yang biasa? Jika nak kenal satu pasal
Mahathir ini, dia akan hanya jilat ludahnya sendiri bila tersepit dan
kehilangan sokongan.
Itulah yang berlaku dalam deklarasi
rakyat bila pembangkang yang dulu sama-sama kutuk mengutuk tetiba diajak
jadi kawan, dan soal menggunakan media asing yang dulu dia bawak
berperang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment