Kita acap kali mendengar pemimpin-pemimpin pembangkang yang menuduh parti Barisan Nasional memberikan rasuah dan pelbagai jenis barangan kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka menjual topik ini di mana-mana sahaja ceramah mereka. Mereka mengutuk, mengeluarkan firman Allah swt untuk memperkuatkan lagi hujah mereka seperti yang dilakukan oleh 'ustaz' Go-bala Krishnan, pemimpin PKR.
Mereka menonjolkan diri mereka seperti suci dan bersih dari rasuah dan sogokan. Mereka mahu pendengar-pendengar tahu bahawa mereka amat benci kepada taktik rasuah dan sogokan kepada pengundi-pengundi kerana ianya haram.
Semasa penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak mengadakan khidmat kesihatan di Taman Intan Perdana semalam, penulis telah didatangi oleh penduduk di situ.
Mereka telah menceritakan bahawa beberapa hari lepas, beberapa jentera pilihanraya Pas telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk berkempen.
Selain daripada risalah-risalah, penduduk-penduduk di situ juga telah disogokkan dengan bahan makanan seperti keropok.
Bungkusan keropok itu telah dilekat rapi dengan jenama KEROPOK CAP BULAN bersama gambar-gambar pemimpin tertinggi Pas berserta logo dan UNDILAH Pas!
Penulis terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penduduk di situ.
Penulis ingin bertanya kepada ahli-ahli Pas, bukankah KEROPOK CAP BULAN itu merupakan satu sogokan dan rasuah untuk berkempen semasa pilihanraya?
Di manakah imej bersih dan suci yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin Pas pada hal parti mereka sebenarnya telah melakukan perkara yang haram seperti yang mereka sendiri katakan?
No comments:
Post a Comment