Pada 12 Mac 2010, satu Program Sambutan Maulidur Rasul telah dianjurkan oleh KEMAS DUN Lenggeng bertempat di Lenggeng. Pertubuhan Aktiviti KEMAS Kg Mendum telah bertindak selaku tuan rumah pada tahun ini. Program ini telah disertai oleh Tabika-Tabika KEMAS yang berada di dalam kawasan DUN Lenggeng. Tidak ketinggalan Tabika KEMAS Kg Pancor telah turut sama mengambil bahagian.
Program ringkas ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Sebaik sahaja YB Tuan Mustafa tiba pada jam 8.45 pagi, beliau telah disambut dengan laungan selawat Nabi secara beramai-ramai oleh ibu bapa dan anak-anak yang hadir pada program ini.
Kemudiannya program yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Mendum ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg Mendum, diikuti dengan ucapan oleh YBhg Tuan Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Seremban dan seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mustafa Salim. Kemudiannya majlis telah menyaksikan persembahan nasyid yang dipersembahkan khas oleh Tabika KEMAS Kg Sg Machang. YB Tuan Mustafa Salim kemudiannya telah sudi membuat pemeriksaan ke setiap barisan yang ada sambil selawat Nabi dilaungkan sekali lagi secara beramai-ramai.
Saudara Syamsul yang merupakan Pengerusi KEMAS Kg Pancor juga telah melapangkan masa menghadiri program ini.
Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.
 Suasana ketika orang ramai baru tiba di Padang SK Mendum
 Suasana ketika orang ramai baru tiba di Padang SK Mendum Pn Norhayati (Isteri Pengerusi KEMAS Kg Pancor) bersama anak keduanya, Dhafir Amri
 Pn Norhayati (Isteri Pengerusi KEMAS Kg Pancor) bersama anak keduanya, Dhafir Amri Danish Amri, pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor
 Danish Amri, pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor Lagi wajah Dhafir dengan botol susunya
 Lagi wajah Dhafir dengan botol susunya Suasana ketika semua peserta baru tiba di padang
 Suasana ketika semua peserta baru tiba di padang Danish bersama rakan-rakan daripada Tabika KEMAS Kg Pancor
 Danish bersama rakan-rakan daripada Tabika KEMAS Kg Pancor Lagi gambar Danish yang sempat dirakamkan
 Lagi gambar Danish yang sempat dirakamkan Gambar suasana yang turut dirakamkan
 Gambar suasana yang turut dirakamkan Sampai terjatuh-jatuh songkok di atas tanah ketika bermain
 Sampai terjatuh-jatuh songkok di atas tanah ketika bermain Telah bersedia dengan pakaian baju kebangsaan yang sedondon
 Telah bersedia dengan pakaian baju kebangsaan yang sedondon Menanti ketibaan VVIP
 Menanti ketibaan VVIP Kesemua peserta telah bersedia memulakan acara
 Kesemua peserta telah bersedia memulakan acara Nampak segak dan bergaya
 Nampak segak dan bergaya Tabika KEMAS Kg Daching
 Tabika KEMAS Kg Daching Tabika KEMAS Kg Sungai Jai
 Tabika KEMAS Kg Sungai Jai Tabika KEMAS Kg Sungai Machang
 Tabika KEMAS Kg Sungai Machang Tabika KEMAS Kg Panchor
 Tabika KEMAS Kg Panchor Tabika KEMAS Kg Ulu Beranang
 Tabika KEMAS Kg Ulu Beranang Tabika KEMAS Taman Pancor Jaya
 Tabika KEMAS Taman Pancor Jaya Tabika KEMAS Kg Pantai
 Tabika KEMAS Kg Pantai Tabika KEMAS PKD Lenggeng
 Tabika KEMAS PKD Lenggeng Tabika KEMAS Kg Mendum
 Tabika KEMAS Kg Mendum Kelihatan dari kiri YB Tuan Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Tuan Hj Ali Majid dan Imam Masjid Kg Mendum
 Kelihatan dari kiri YB Tuan Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Tuan Hj Ali Majid dan Imam Masjid Kg Mendum YB Tuan Mustafa melawat setiap kontinjen peserta yang menyertai program ini
 YB Tuan Mustafa melawat setiap kontinjen peserta yang menyertai program ini YB Tuan Mustafa bersalaman dengan pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor
 YB Tuan Mustafa bersalaman dengan pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor 







 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment