Monday, November 08, 2010

Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS Daerah Seremban

Satu Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Daerah Seremban telah diadakan pada 7 November 2010 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 1.00 tengahari. Program dimulakan dengan Ceramah "Kekeluargaan" yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Norazamil bin Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Selepas itu majlis diteruskan dengan perasmian Konvokesyen oleh YB Datuk Hasim Rusdi, Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Labu. Beliau juga kemudiannya menyampaikan hadiah hadiah kepada penerima sijil serta anugerah khas yang disediakan oleh KEMAS Parlimen Seremban.
.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.
.
Danish (anakanda Pengerusi KEMAS) ketika baru tiba
Suasana pentas utama
Orang ramai mula memenuhi dewan



Kanak-kanak dari Tabika Pancor sempat menikmati sarapan pagi yang disediakan Cikgu nya
Elok makan sambil dilayan Cikgu Maimunah
Suasana di tempat makanDi dalam Dewan pula YBhg Ustaz Norazamir, Timb. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menyampaikan ceramah. Di sebelah beliau, Tn Hj Ali Majid, Penyelia Kanan, KEMAS Daerah Seremban
Pengerusi KEMAS Pancor, Sdr Syamsul yang juga merupakan kenalan Ustaz Norazamir duduk bersama di kerusi VVIPPengerusi Majlis tampil menjemput Timbalan Mufti untuk menyampaikan ceramah
Ustaz Norazamir menyampaikan ceramah berkaitan "Kekeluargaan"

Pengerusi yang sedang tekun mendengar ceramah
Pelbagai isu dan tips diberikan
Pelbagai kisah juga diketengahkan
Orang ramai yang mendengar ceramah yang disampaikan

Dewan yang penuh
Unit Siaraya yang dikendalikan oleh Unit Jabatan Penerangan Daerah Seremban

Kelihatan Penolong Pegawai Daerah Seremban yang baru tiba

Sesekali pendengar ketawa dengan kisah lucu yang disampaikan


Pengerusi yang turut ketawa mendengar kisah yang disampaikan



Pengerusi ketawa mendengar kisah-kisah yang mencuit hati


Dahaga agaknya, tu yang minum tu!


Kanak-kanak yang telah bersedia menyambut ketibaan VVIP iaitu YB Datuk Hasim Rusdi, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, yang akan merasmikan program ini




Sdr Syamsul mengiringi Timb Mufti dan lain-lain untuk menikmati hidangan yang disediakan

Sdr Syamsul sedang mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh YBhg Timb. Mufti
Tn Hj Ali Majid menghulurkan nasi kepada Sdr Syamsul


Masih lagi berbual sebaik sahaja selesai makan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment